Monday, August 30, 2010

MERDEKA DAY


Salam pagi Isnin, esok 31 OGOS 2010 dah public holiday. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE - 53 TAHUN.

P/S: untuk jenjiran yang berkaitan, nasihatku merdekakan diri anda jangan jadi cam lalang. Hanya mengikut tiupan arah angin. : ) peace no war


Hi

Friday, August 27, 2010

NAK RAYA?


Pejam celik, pejam celik lagi 2 minggu nak sambut HARI RAYA AIDILFITRI bagi tahun 2010. Persiapan kuih lebih skit sebab untuk 2 rumah, lagipun mesti sedara mara, adik beradik abah nak datang umah. Langsir recycle yang lama2. Baju raya sepasang sorang jer awal bulan puasa dah siap. Ha! siap jahit manik ngan labuci lagi. Cam ner ek? abah kat HSI lagi. Harap2 sebelum raya abah dah balik. kalau tak hwa.......melalak dipagi raya jawabnya. Tapi hati ni macam dah bagi tau yang tahun ne kami beraya di HSI. Biasa tiap2 tahun petang raya kami dah makan juadah pagi raya. Tapi tahun ne......entahlah. Tapi jiwa ne nak RAYA. 
Hi

AYAT2 LEPAS KAWEN.



Salam pagi jumaat, Susah kan nak mengekalkan hidup berumahtangga cam baru semalam jer kita kawen. Romantik, jalan berpinpin tangan. Ha! hubby ku tak lah romantik sangat, sederhana jer. Pinpin tangan always, tapi yang best pasal cara hidup kami adalah bila aku didapur dia pun sama2 tolong aku. Bila basuh baju pun sama2. Cenggini, aku basuh baju, dia bilas dan kami sama2 gi jemur baju. Kekadang ada gak jiran2 yang tengok meluat. Tapi kami dah biasa......Keluar umah nak ke kedai pun sama2. Tapi aku jer yang malas sebab kalau dah masuk umah susah nak kuar. Kerana RUMAHKU ADALAH SYURGAKU.

DISINI AKU KONGSIKAN AYAT2 BIASA ORANG PAS KAWEN.

Ayat2 Selepas Kawen....

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???! More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…
Hi

Thursday, August 26, 2010

DIALOG SUAMI NAK KAWIN LAGI


Ehsan dari : forum.cari.com.my
Hi

BIJAK ORANG MALAYSIA

Korang rasa polis tu luluh hati tengok surat yang ditinggalkan oleh si pemilik van ne ke atau polis tu beri hati. Hah! saman tetap saman beb...he3x...........

Ehsan dari : Forum.cari.com.my

Hi

Wednesday, August 25, 2010

BUKAN NAK SAMUN NAK CAKAP JER......


Pernah tak perkara cam gini terjadi kat diri korang? Sedang korang memandu kereta atau motor. Korang ternampak satu kete ne yang pintu belakang tak tutup rapat. Apa korang akan buat?

1. Buat don't know jer. Lantaklah sapa suh tak tutup pintu kuat2 kan? Ne kalau korang jenis malas nak ambik tau hal orang lain.
2. Ketuk tingkap si pemandu dengan niat nak cakap pintu tak rapat. Sebab korang jenis amik berat keselamatan orang lain.

Tapi, Hubby aku pernah bertindak ikut no 2 tu. Yang malunya bila sipemandu cepat2 lock semua pintu takut kena samun. He3x......Tapi bila pikir2 betul gak kita kena kunci pintu takut nanti kang kena samun. Masalahnya si pempuan ne tak nak turunkan sikit tingkap. So, dia tak dengar apa yang hubby cakap. Kesian....nyaya kalau penumpang belakang tu budak kecik pastu main bukak2 pintu.........eksiden baru tau.....Tu ler kerana sorang buat silap yang lain pun kena.


Hi

Tuesday, August 24, 2010

iklan solat yg tiada di malaysia

Bagusnya iklan ne, kat malaysia mana ada.

Hi
Comments from pYzam.com

MONA FENDY ratapan anak (1987)

Baru ku tahu arwah mona fendy ne dulu penyanyi, tapi tahun berapa ek? Tak pernah dengar pun. Mungkin kurang popular kot.

Hi
Comments from pYzam.com

iklan LUX FAUZIAH AHMAD DAUD 1986



Hi
Comments from pYzam.com

Iklan Trojan Perkasa - Lelaki Kotor Dalam Bas

IKLAN SERBUK PENCUCI TROJAN....

Hi
Comments from pYzam.com

iklan FAB 1979 Yusni Jaafar

ORANG DULU2 PUNYA IKLAN FAB SERBUK PENCUCI

Hi
Comments from pYzam.com

iklan PLANTA ANNE NGASRI 1992

COMELNYA ANNE MASA KECIK....

Hi
Comments from pYzam.com

Ceramah Ust Kazim 1



Hi
Comments from pYzam.com

ustaz kazim elias - Bergembiralah Wahai Wanita.



Hi

RESEPI 10

♥Steamed Chocolate Blossom™
Steamed_choc
lagi aneka bahulu/apam kukusan yang berinti... :)

Created on : 12-05-2010




Bahan-bahan ( 30-35 biji )
  • 140 g gula halus
  • 160 g tepung gandum*
  • 20 g serbuk koko*
  • 2 sk baking powder* ( * diayak bersama )
  • 2 sk ovallete
  • 2 biji telur - A (yg sejuk dr peti ais)
  • 110 g susu sejat
  • 1 sk choc. paste (opt)
  • secukup choc. chip atau choc. masakan yg didadu - untuk inti

Cara-cara



  1. Steamed_choc
    Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali inti dan pukul hingga kembang dan pekat.


  2. Steamed_choc
    Sediakan acuan kecil berlapikkan papercup,bubuh 1 sk adunan,isikan inti choc. dan tutup dengan 1 sk lagi adunan.


  3. Steamed_choc
    Kukus hingga masak selama 10-15 min. 
Ehsan dari : myresipi.com
Hi

Thanks for Being My Friends