Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

MENGHITUNG HARI

Disebabkan tiada pengalaman dalam merasai proses melahirkan anak. Aku jadi teruja nak tahu. Jadinya sibuk menanya pada yang berpengalaman. Mana taknya, ramai yang dah menegur perut dah turun. Mak bidan pun kata mungkin dalam minggu ni sebab dia rasa perut aku ngan kedudukan baby. Mintak2 bersalin normal dan aku harap sangat baby taklah menjejak macam abang dia sampai 3.6kg. Ngeri, baby besar sangat susah nak keluarkan. Kali ni rasa macam semuanya cepat sangat. Masa pegnant 5 bulan aku dah kena inject kancing gigi. Selera makan pun membuak2. Bayangkan 2 minggu berat badan naik 2.5kg. Tapi kalau ikutkan kenaikkan berat badan sebelum mengandung hingga sekarang ni baru 9.4kg. kalau pregnant yang dulu 16kg. Makin nak tunggu hari makin naik, makin tak cukup tidur makin naik berat badan. Kalau yang dulu lambat 6 hari dari tarikh due date. kali ni macam cepat pulak. Aku dapat merasakan sedikit2 rasa sakit nak bersalin, maksud aku tanda2 awal. Rasa teruja lah pulak, hubby orang yang paling risau dan takut, kedua izzul siap pesan "ibu nak keluarkan baby kena kuat semangat tau" he3x....sayang anak ibu. Dah nak jadi abang ea? Dan sekarang aku selalu bertengkar dengan si bujang sorang ni bila nak buat kerja rumah. Mana taknya semua dia nak buat dengan alasan "abang dah besarlah ibu". Orang nak vacume sibuk dia pun nak, pas makan siap basuh pinggan, tapi melebih main air. Pastu puji diri sendiri "abang baguskan ibu". Jawab jer ya, kalau tak monyok pulak. Kalau tak kasi dia tolong buat kerja rumah mulalah cakap macam2. "abang tak nak tolong ibu pakai kasut lagi" ha? sebabnya aku dah tak larat nak bongkok2 nak pasang tali kasut, tu yang dia beriya2 nak tolong. Pastu ungkit plak, bila x disuruh rajin kemain, bila disuruh macam2 alasan, penat, asyik abang je yang tolong. Paling dia rajin, asingkan hanger ngan baju bila aku dah angkat. Dah pandai lipat baju, tapi dia punya ler. Hentam kromo jer, aku dah retired dari mencuci baju, memang kena beli mesin basuh auto ler pasni. Biar ada 2 mesin senang, 1 auto 1 manual. Laundry room pun belum siap reno. Tangga x siap buat store lagi. Aku cuti 2 bulan nanti boleh ler buat.



Sedikit info menanti proses kelahiran, lebih tepat tanda-tanda melahirkan baby.Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar



Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.



Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.





Tanda-tanda hendak bersalin



Kontraksi Rahim



Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.





Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.





Sakit Belakang



Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.





Pecah ketuban



Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.



Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.





Bloody Show



Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.





Serviks terbuka



Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Friday, October 7, 2011

TIPS MENGEMPISKAN PERUT YANG BOROI


1. Bangun pagi-pagi


2. Berdiri tegak....tundukkan kepala, tatapan mata ke perut


3. Bongkok kan badan


4. Buka baju
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
5. Lalu tampar perut byk kali, sambil mengucapkan :
-
-
-
-
-
-
-
"Bikin Malu.. Bikin Malu..Bikin Malu...!! wachaaaa haha ! E'e
 
copy paste dari "Wujud"

Friday, July 8, 2011

PANTANG DALAM TIDUR





Manusia dapat bertahan 2 minggu tanpa makan, tetapi hanya bertahan 1 minggu saja tanpa istirehat. Tidur adalah waktu istirehat yang sangat baik, dengan tidur organs tubuh kita dapat beristirehat. Kekurangan tidur dapat merosak organ dan otak kita.

 PANTANGAN DALAM TIDUR :

Jangan tidur dengan mengenakan benda bebahan logam.

Misalnya jam tangan, boleh menimbulkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh berbahaya.

Jangan tidur dengan membawa HandPhone ke ranjang

Gelombang medan magnet yang ditimbulkan oleh alat elektronik ini, dapat merosak system saraf kita.

Jangan tidur dengan memakai Bra (terutama buat yang cewek )
Para ilmuwan di Amerika mensinyalir bahawa pemakain Bra diatas 12 jam, dapat mengakibatkan kanser payudara.

Jangan tidur dengan masih memakai make-up

Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit kita, kerana kulit tidak dapat bernafas. Selain itu boleh buat jerawat.

dan ini yang paling penting :

JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI/SUAMI ORANG
Sumpah.. ini bahaya SANGAT!

Read more: http://www.borakkosong.com/2011/07/pantang-dalam-tidur.html#ixzz1RTExraEl

P/S: hubby selalu tidur ngan jam tangan. Bahya ni nak kena sound kat dia.

Thursday, June 30, 2011

KENALI SIKAP MELALUI HURUF PERTAMA PADA NAMA

A

  • Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalampergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudahberasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkanperasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B

  • Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakandirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia danpenyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C

  • Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalanganrakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D

  • Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuatbekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapaicita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.



E

  • Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F

  • Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Merekajuga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G

  • Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H

  • Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaanorang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.



I

  • Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J

  • Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K

  • Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L

  • Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.Kelemahannya, tidak menepati masa.

M

  • Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N

  • Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O

  • Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P

  • Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif.Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agakpendendam dan boros.

Q

  • Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R

  • Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S

  • Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukarmenahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T

  • Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U

  • Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain.Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V

  • Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu,mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W

  • Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yangtinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinyaboleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X

  • Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y

  • Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z

  • Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Read more: http://www.borakkosong.com/2010/08/kenali-sikap-melalui-huruf-pertama-pada.html#ixzz1Qj5QNF3E

(P/s) Tak semuanya betul..x tau lah orang lain....

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers