Monday, November 26, 2012

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO MY PRINCESS SHIERA & PRINCE IZZUL

Terkejut? hah! ibu ngan ayah macam apa ler kami ni. Sambut hari lahir anak pun lambat kemain, Nur Insyirah Hilda lahir 4 Nov, Muhammad Izzul Haziq 10 Nov. tapi diraikan pada 18 Nov lepas. Apa pun semoga anak2x Ibu & Ayah akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang & terbilang. Amboi 1 MALAYSIA! Salah topik ni. Ok2x....semoga anak ibu menjadi anak yang soleh & solehah.  Ok la tu, nak tau sebabnya? Kawan2x tempat kerja ngan jiran2x suh aku buat macam biasa masa izzul dulu. Masak & jemput mereka makan kat umah. Tapi aku cakap jer nak buat dah letih kemain, lom buat lagi. Ok2x...aku plan ngan si ayah nak makan kat kedai jer jemput ahli keluarga. Tapi, si ayah kata baik masak jer jimat sikit, kalau tak larat masak banyak kita jemput ahli keluarga jer makan kat umah. Asal buat, nak happykan anak2x jer. Hadiah tak penting, yang penting biar dia orang happy. Ok, last minit punya plan iaitu pada hari sabtu. Aku nak buat nasi ayam, beli jer sate 100 cucuk ngan sedikit coklat ngan gula2x. Marble chee brownies pun aku tak sempat baking. Ye la, aku ngan si ayah jer yang masak. Sapa nak layan shiera gebuz tu. Nasib baik malam sabtu tu aku dah marinate ayam so, esoknya leh terus bakar. Ahad pagi aku ngan si ayah gi kedai kek beli jer kek yang ada tapi, izzul yang pilih. Amik mak ngan wanie. Balik jer umah terus masak nasi, sup ngan bakar ayam. Untungnya ada Pemanggang Ikan Ajaib.  


Saturday, November 17, 2012

KONVO @ UNIKL

Pada 11 Nov. lepas sekolah Tadika Pintar Bistari & inovasi sekolah izzul ada menganjurkan aktiviti akhir tahun untuk pelajar 6 tahun. sebab derang dah tak sekolah lagi tahun depan. Izzul yang dah nak naik darjah 1 aku plak yang rasa yang dia dah macam tamat zaman persekolahan sekolah. Walhal panjang lagi perjalanan dia. Sekolah rendah, Menengah, Universiti kemudian barulah bekerja. Jauh lagi, sedih dia diakhir hari persekolahan, Disebabkan 9 Nov 2012 adalah hari terakhir bersekolah, so, cik rin ngan si ayah pun berpakat belikan goodies untuk birthday izzul untuk dihantar ke sekolah untuk dibahagikan kepada kawan2x. Birthday izzul sepatutnya 10 Nov. Ok , x per sehari awal. Asalkan dia dapat sambut ngan kawan2x.
 Izzul & Cikgu Ziela guru kelas 6 Arif

 Semua malu nak bergambar.............



 Bersama izi my best friend, anak dia pun 6 tahun dan sekolah di tadika pintar bistari cawangan Tmn. Scientex 1.

 Masa ni shiera zzzzz sebab penat tawaf 1 dewan

 Cenderamata dari sekolah sebab masuk persembahan tarian modern.

 Sebelum persembahan si ayah betulkan tali leher izzul. mana taknya belum lagi persembahan dia dah lari sana sini.



On the way balik singgah jap photo shoot. Cantik sungguh kawasan UNIKL ni, tenang jer.

MARBLE CHEESE BROWNIES

Tahun ni cik rin x panggil kenalan & jiran2x pun untuk sambut birthday izzul yang ke 6 tahun dan shiera 1 tahun. Penat rasanya nak masak & mengemas. Letihnya rasa, baru merancang dah rasa letih belum buat majlis lagi. Sian shiera, dulu masa izzul 1 tahun buat gak birthday dia. masa tu arwah nenek ngan atuk dia ada lagi. So, sangat meriah. Arwah nenek buatkan pulut kuning, agar2x, kuih. Tapi insyaalah, rasa cam tak syok plak x sambut hari lahir derang. so, insyalah akan dibuat tapi hanya untuk family jer. Ok, berbalik pada tajuk. Kek ni buat sebab si izzul suka makan dan lebih bawak gi office. Nak kasi mak buyung yang tengah tunggu hari.

RESEPI credit to http://www.tiffinbiru.com/2012/09/marble-cheese-brownies.html

BAHAN-BAHAN BROWNIES :-)
250 gram mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu sejat (mat guna "IDEAL")
1 1/2 cawan gula halus (mat guna 1 1/4 cawan)
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul dan ayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN TOPPING CHEESE :-)
250 gram cream cheese
1 biji telur gred B
3/4 cawan gula halus (mat guna 1/2 cawan)
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon
1 camca teh jus lemon
2 camca besar susu sejat

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur, parutan kulit lemon, susu sejat dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus (atau corak yang anda gemari), kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Mat simpan brownies ni dalam peti sejuk selama semalaman atau sekurang2nya 2 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin...




ROTI GULUNG BERINTI SOSEJ

Time rajin nak wat breakfast, maklumlah minggu ni kan kejap cuti kejap kerja. So mood masak memang membuak-buak. amboi.....sampai cam tu skali.
Bahan2:
Roti potong
Sosej dibakar & dihiris 2
Sos cili
Mayonis

Telur 3 biji
Lada sulah 1 sudu besar
Lada hitam 1 sudu besar
garam secukup rasa
serbuk cukup rasa


Nilah hasilnya untuk sebuku roti saiz kecil. ni untuk tuan umah, sepinggan lagi untuk jiran.
SELAMAT MENCUBA

Hasil ke PC Expo Nov 2012.

Sukanya dapat tukar laptop nya cover. cute x? he3x cam budak2x jer cik rin ni.
Cik rin beli wireless mouse, Potable disk 500g. tu jer ingat nak beli i tablet kat izzul buat hadiah hari lahir. tapi budjet x cukup so kena tunggu gaji bulan nov ler.

Penuhnya meja cik rin ngan barang2x ya?

Family Day @ Padang MPPG

Sekitar family day MMHE 2012
Aktiviti wajib si ayah, dukung shiera. Tak larat ibu nak dukung adik lenguh tangan. tengok kecik jer tapi kus semangat.
Budak tak pernah gi family day, sama jer cam ibu dia. ha3x Raya sakan dia kat sana. Main sampai tak hingat dunia. Dah petang zzzzz dalam kereta.
Cute x saya? dengan tojang 2? Saya tengah tengok list aktiviti untuk hari ni.
Tengok ler si manje kanan air soya kiri burger. Tu untuk breakfast jer.

Si izzul beria-ia nak main panjat2 tu, skali pergi mak oi! ramai yang tunggu giliran. So, balik jer la.

 Jangan jelous, kami bergambar ngan MD & CEO MMHE. Mr. Dominique De Soras. Orang lain duk bergambar ngan artis.
 Dah nak balik tu ai! dia mai lagi x puas hati nak masuk gak.
 Khemah VIP kami nak numpang sekejap x boleh. Sebabnya masa ni hujan gerimis. Last2x .......

 Balik umah .......................Si ayah boring, diajaknya kami semua balik. Si izzul dapatlah mainan yang diidamkan. Shiera? penat didukung jer. Nak tunggu cabutan bertuah? hampeh! dah macam main nombor ekor plak. kena tengok kat tv la plak. kalau dah berkerumun macam mana nak tengok bukan dipanggil pun.
Ni jer rezeki untuk hari tu. 10 set breakfast ngan 10 set lunch. Sampai muak melantak KFC.  Bag cenderamata untuk family day dan dalam tu ada ler jajan ngan cokelat. Jadi ar.

Wednesday, November 7, 2012

Family Day (Malam konsert)

Seumur hidup cik rin x pernah rasanya pergi ke konsert, inilah kali pertama. Kenapa? sebanya cik rin tak boleh berada di tempat yang ramai orang nanti leh pitam. Lawaknya......ha3x...Ok, ni konsert sempena family day MMHE 2012. Malam tu ada Jamal Abdillah, Ramli Sarip & Alyah,  hostnya Farouk hussin. On the way nak ke konsert cik rin ngan shiera posing dulu. Amboi! besarnya mata shiera.

Izzul teruja sebab nampak penjaja jual lampu mainan......Tadi on the way nak ke konsert. Dia tido sampai susah nak kejutkan.
My officemate manje & husband
Terserempak plak ngan abg lan & family.
Cik rin & family, tengok tu tadi dalam kete shiera paling bising mulut dia. Dah sampai zzzzz plak.


Jamal Abdillah

Alyah & Ramli Sarip
P/S: Gambar artis ni semua cik rin amik dari jarak jauh agak2x dalam 100 meter. Datang lambat tu yang dapat berdiri je.

200th Day celebration

?Jam 7.30 pagi cik rin memandu menuju ke Stadium tertutup MPPG. Memang hari yang sangat2x mencabar bagi cik rin, mana taknya, bila sampai kat stadium MPPG try nak call officemate sekali bateri handphone kong, ok.............nasib baik jumpa dengan azura. Ada ler geng x ler sensorang.

Ok, settle, happy ada kawan, nampak tak kami senyum riang? Ok, acara bermula. Mesti ar nak take a picture to keep a memory kan? Skali bateri camera sikit ala2x sipi2x nak kong. Dah tu amik apa yang patut jer. Malas nak dapatkan migrain so, cakap dalam hati jer "kenapalah aku tak charge bateri hp ngan camera"? Kenapa cakap dalam hati? Sebab kalau aku cakap ngan orang lain confirm aku akan migrain sebab tak habis menyesal sebab tak charge bateri. Hwa3x.

 Dah macam kunang2x plak kan? Tapi aku macam x puas jer 1 jam lebih kat dalam ni. Paling gempak bila AC MIZAL keluar ngan lagu GANNAM STYLE. Apa lagi bergendang ler kami semua. "Peace Yo" Gelak sakan aku ngan telatah ac. Yang paling happening bila kami semua diminta k rin bergendang sama bila persembahan dari kumpulan apa ntah. Cik Rin nak post you tube x pandai. Nanti ea. Ada la dalam seminit kot cik rin rakam persembahan derang. Mandangkan bateri kamera kena guna jimat cermat. 
Nasib baik ada azura......ko lah penyelamat aku. he3x....pijam hp azura call manje. Sekali depan mata jer. Tu ar punya ler ramai mahluk allah dalam stadium tu. Melilau mata aku cari si manja ni. Akhirnya kami balik sama ke office. Tapi sempat gak posing manja he3x.....

Thursday, November 1, 2012

HAMPIR SETAHUN :)


Shiera mula berjalan umur 9 bulan lebih, tepatnya masa hari raya puasa. Tapi masa tu 1 gigi pun belum tumbuh lagi. Dan cik rin tetap menanti gigi pertama shiera. Dan akhirnya penantian itu berakhir semalam. Minggu ni shiera demam, cik rin ngan izzul pun demam sekali. Hari2x tanya ngan shiera, bilalah gigi adik nak tumbuh ni. Minggu depan dah setahun umur adik. Makan dah macam2x, tapi gigi tak tumbuh2x. Tapi semalam masa ayah dan izzul ke surau sembahyang ishyak. Cin rin tanya lagi ngan shiera. Masa tu shiera tengah makan biskut, jejari miang cik rin meraba gusi shiera sambil tanya soalan yang sama. Ui! rasa tajam dan keras. Selak sikit bibir shiera. Menyengih dia. Skali dah tumbuh gigi kapak seh. Sukanya cik rin. Balik jer ayah dan izzul dari surau. khabar gembira cik rin bagi tau.

UNITY - UNIFY - UNITED

 Wah semua dah hijau, sebenarnya hijau warna favorite ku, suka sangat ngan hijau, dulu warna ruang tamuku olive green. Skang nak tukar selera tukar warna turqoise plak ler. Ok, skang ni nak cerita tengah ke arah hijau. Coveroll hijau? Oh tidak, hari jumaat ni cik rin kena pakai coverall hijau ok, tapi COVERALL. Segannya.....

Wednesday, October 31, 2012

FAMILY DAY


Salam pagi rabu 31.10.2012, Esok dah 1 november 2012. Cepatnya masa berlalu, ok2x nak cerita pasal FAMILY DAY @ MMHE. Cik rin rasa teruja sangat. Dah nak masuk 13 tahun bergelar pekerja baru skang dapat merasa family day. Masa kecik2x dulu join family day kat tempat kerja arwah ayah. Memang seronok, pergi melancong, ada sukan, makan2x dll. Tapi tu semua dah lama cik rin tak merasa. Seingat cik rin last trip ke Langkawi, Kedah. Tu pun cik rin ngan kakak cik rin tak pergi. Sebabnya cik rin demam. Lagi pun terhad untuk 3 orang anak jer. Yang lain2x tu kena bayar. So, disebabkan sakit duduk umah jer lah. Trip tu masa umur si nadia (ucu) sekolah rendah lagi. Lama giler. Rasanya cam tahun 1994. Lama kan? Ok, nampaknya cik rin & family dapatlah merasa suasana FAMILY DAY lagi. Walaupun x pergi melancong....Ok, nantikan gambar2x menarik yang akan cik rin ambil jumaat & sabtu ni. 

Monday, October 29, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN

On the way nak siapkan juadah hari raya qurban. Hajat dihati nak masak Rendang daging, Kari ayam + nasi impit .

Mana shiera?
Kena sumbat ubat pelali dulu baru dia zzzzz.....senang sikit nak masak. Tapi hampeh! aku sempat masak nasi impit ngan rendang daging jer. Lain2x tunggu si ayah balik kerja 11.30 malam. Pastu ngan aku skali zzzzz.......tunggu si ayah balik.


Yang menonjol sekali tu goreng pisang. Ada orang hidang ke masa raya puasa, x der kan? Raya haji ada ler.....tu aku hidang. Fresh from my back yard. he3x.........Masuk yang ni dah yang ke 6 pokok pisang nipah belakang umahku tak pernah menghampakan aku. Berbuah jer keje dia. Tepung buatan aku memang best nyer...yang ni dulu habis dibandingkan dengan kari ayam dan rendang daging. Mana taknya si ayah pas balik sembahyang jumaat, pi bantai goreng pisang sorang2x. Aku plak zzzzz..........Bangun2x dari tido goreng pisang dah habis....hwa........Tapi juadah tu pun penting gak si rendang daging dan kari ayam. Arwah bapak mertau ku punya feberet termasuk cucu dia ngan suamiku skali ler...termasuk aku....Kali ni masakan aku tahan 3 hari. Biasanya nak masuk hari kedua dah basi. Siap buat cecah jemput2x tu....slurp...... Cuma tak cukup korum jer tanpa kehadiran sambal goreng ibu mertuaku. Tak per, kalau umur panjang tahun depan raya puasa aku masak k..............

p/s:Si izzul kami buat majlis Aqikah dia masa umur dia 1 tahun. Masa tu kami buat kat tanjung langsat. kampung sebelah bapa mertua. Tapi kali ni kami buat aqikah kat syiera jauh bebenar...nun kat kemboja. Sekali arung ngan haizaq naufal anak ucu. Ni pun ayah mertua dia yang buat. Alhamdulilah dah selamat pun.

MACAROON


 




Minggu lepas aku dapat buah tangan dari Syidah, my 2nd boss. Dia gi KL so dia janji nak belikan sesuatu kat aku. Mintak cokelat dapat macaroon......sedapnya..sekali dapat 6 biji. Sumpah! aku memang tak pernah nak merasa macaroon ni, Ingat biasa2x jer.  Tu ar..x cuba x tau. Patut ler ramai yang tergila2x kan macaroon ni ea. Rupanya sedap hingga menjilat tapak tangan. Tak per pas ni leh order ngan mamatiera plak. ea. Tq syidah...............si izzul bukan main suka lagi makan benda alah ni. sib baik aku tinggalkan 1 untuk si ayah. Dapatlah dia merasa......

p/s: x per nanti ibu buatkan ayah yer.....

KENCING MANIS = FOGGING



Si izzul memang suka tanya macam-macam, lagi-lagi kalau kami tengah naik motor. Nak dijadikan cerita masa tengah lalu kat perumahan casia on the way balik umah. Banyak betul asap, kalau korang, korang mesti kata orang tengah fogging kan? takkan lah orang bakar sampah satu taman boleh berasap plak. Tak masuk akal kan? Memang sah kawasan perumahan tu telah "difogging". Tapi yang tak masuk akalnya bila:-

Izzul               : Ibu, kenapa umah orang tu banyak asap?
Ibu                  :Ooohhhh.....mesti ada yang kena kencing manis tu.
Izzul & Ayah  :????????????


On the way sampai umah, berdekah kami ketawa besar, ngan aku sekali gelak tak ingat dunia. boleh plak fogging = kencing manis, bukan kena demam aedes ke? kah....kah...............kah...................

Friday, October 12, 2012

LAMA DAH TAK BUAT

Apa yang lama dah tak buat? cer teka.........tampal gambar umah..ops...bukan2x...pas ngemas umah @ tukar susun atur barang biasanya cik rin mesti upload gambar kan? Ha! tu yang lama dah tak buat sejak beranakkan shiera. Tu ar mana nak nyempat. Ni shiera dah nak setahun bulan nov ne. Dah pun pandai jalan sejak umar 9 bulan lebih. Ditambah lagi kami dah tak guna broadband prepaid dah. Jadi x ler bosan bila prepaid cepat abis. Tinggal bayar jer kat U mobile tiap bulan. Murah pun murah hanya RM48 selama 5 bulan pas tu RM68 selepas 5 bulan. 5G lagi tu..Laju....napelah tak terbuka hati cik rin nak melanggan ko yer U Mobile. Jom layan gambar umah cenonet cik rin ni.






p/s: kecik jer umah cik rin, muat2x kami 4 beranak.

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers