Monday, November 26, 2012

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO MY PRINCESS SHIERA & PRINCE IZZUL

Terkejut? hah! ibu ngan ayah macam apa ler kami ni. Sambut hari lahir anak pun lambat kemain, Nur Insyirah Hilda lahir 4 Nov, Muhammad Izzul Haziq 10 Nov. tapi diraikan pada 18 Nov lepas. Apa pun semoga anak2x Ibu & Ayah akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang & terbilang. Amboi 1 MALAYSIA! Salah topik ni. Ok2x....semoga anak ibu menjadi anak yang soleh & solehah.  Ok la tu, nak tau sebabnya? Kawan2x tempat kerja ngan jiran2x suh aku buat macam biasa masa izzul dulu. Masak & jemput mereka makan kat umah. Tapi aku cakap jer nak buat dah letih kemain, lom buat lagi. Ok2x...aku plan ngan si ayah nak makan kat kedai jer jemput ahli keluarga. Tapi, si ayah kata baik masak jer jimat sikit, kalau tak larat masak banyak kita jemput ahli keluarga jer makan kat umah. Asal buat, nak happykan anak2x jer. Hadiah tak penting, yang penting biar dia orang happy. Ok, last minit punya plan iaitu pada hari sabtu. Aku nak buat nasi ayam, beli jer sate 100 cucuk ngan sedikit coklat ngan gula2x. Marble chee brownies pun aku tak sempat baking. Ye la, aku ngan si ayah jer yang masak. Sapa nak layan shiera gebuz tu. Nasib baik malam sabtu tu aku dah marinate ayam so, esoknya leh terus bakar. Ahad pagi aku ngan si ayah gi kedai kek beli jer kek yang ada tapi, izzul yang pilih. Amik mak ngan wanie. Balik jer umah terus masak nasi, sup ngan bakar ayam. Untungnya ada Pemanggang Ikan Ajaib.  


Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers