Let's Follow My Blog

Plez Visit this Awesome Sponsors!

Borak Kosong

Sunday, March 17, 2013

TERPANGGIL UNTUK BERSUARA



Lamanya tak menulis, apa khabar agaknya teman2x blogger semua. Diharapkan sihat sentiasa dalam lindungan allah. Kami sekeluarga baru sahaja pulih dari sakit. Shiera baru baik demam dan selsema, izzul demam, batuk dan cirit-birit nasib baik tak kena semput, abang demam dan batuk dan aku sendiri selsema, demam dan sakit2x badan. Alhamdulilah semua selamat. Apa yang terjadi ada hikmahnya, bersyukur kehadrat ilahi yang telah membuka mata hati dan mindaku. Ada hikmahnya aku bertukar tempat kerja. Orang kata tempat baru cara baru, pengalaman baru, suasana baru. Rasanya belum terlambat untuk aku bersyukur yang tak terhingga ke hadrat ilahi keatas hikmah yang telah diberinya. Amin, amin ya rabbalalamin.....Ramai kawan tambah lagi pengalaman baru, cara pemikiran baru. Thanks kak ti, syidah, manje, idah, dayah, adah, en. yahya, cik mat dan semua yang banyak beri tunjuk ajar, sokongan dan nasihat. Membuatkan aku makin matang sekarang. 

Monday, November 26, 2012

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO MY PRINCESS SHIERA & PRINCE IZZUL

Terkejut? hah! ibu ngan ayah macam apa ler kami ni. Sambut hari lahir anak pun lambat kemain, Nur Insyirah Hilda lahir 4 Nov, Muhammad Izzul Haziq 10 Nov. tapi diraikan pada 18 Nov lepas. Apa pun semoga anak2x Ibu & Ayah akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang & terbilang. Amboi 1 MALAYSIA! Salah topik ni. Ok2x....semoga anak ibu menjadi anak yang soleh & solehah.  Ok la tu, nak tau sebabnya? Kawan2x tempat kerja ngan jiran2x suh aku buat macam biasa masa izzul dulu. Masak & jemput mereka makan kat umah. Tapi aku cakap jer nak buat dah letih kemain, lom buat lagi. Ok2x...aku plan ngan si ayah nak makan kat kedai jer jemput ahli keluarga. Tapi, si ayah kata baik masak jer jimat sikit, kalau tak larat masak banyak kita jemput ahli keluarga jer makan kat umah. Asal buat, nak happykan anak2x jer. Hadiah tak penting, yang penting biar dia orang happy. Ok, last minit punya plan iaitu pada hari sabtu. Aku nak buat nasi ayam, beli jer sate 100 cucuk ngan sedikit coklat ngan gula2x. Marble chee brownies pun aku tak sempat baking. Ye la, aku ngan si ayah jer yang masak. Sapa nak layan shiera gebuz tu. Nasib baik malam sabtu tu aku dah marinate ayam so, esoknya leh terus bakar. Ahad pagi aku ngan si ayah gi kedai kek beli jer kek yang ada tapi, izzul yang pilih. Amik mak ngan wanie. Balik jer umah terus masak nasi, sup ngan bakar ayam. Untungnya ada Pemanggang Ikan Ajaib.  


Saturday, November 17, 2012

KONVO @ UNIKL

Pada 11 Nov. lepas sekolah Tadika Pintar Bistari & inovasi sekolah izzul ada menganjurkan aktiviti akhir tahun untuk pelajar 6 tahun. sebab derang dah tak sekolah lagi tahun depan. Izzul yang dah nak naik darjah 1 aku plak yang rasa yang dia dah macam tamat zaman persekolahan sekolah. Walhal panjang lagi perjalanan dia. Sekolah rendah, Menengah, Universiti kemudian barulah bekerja. Jauh lagi, sedih dia diakhir hari persekolahan, Disebabkan 9 Nov 2012 adalah hari terakhir bersekolah, so, cik rin ngan si ayah pun berpakat belikan goodies untuk birthday izzul untuk dihantar ke sekolah untuk dibahagikan kepada kawan2x. Birthday izzul sepatutnya 10 Nov. Ok , x per sehari awal. Asalkan dia dapat sambut ngan kawan2x.
 Izzul & Cikgu Ziela guru kelas 6 Arif
 Semua malu nak bergambar.............



 Bersama izi my best friend, anak dia pun 6 tahun dan sekolah di tadika pintar bistari cawangan Tmn. Scientex 1.
 Masa ni shiera zzzzz sebab penat tawaf 1 dewan
 Cenderamata dari sekolah sebab masuk persembahan tarian modern.

 Sebelum persembahan si ayah betulkan tali leher izzul. mana taknya belum lagi persembahan dia dah lari sana sini.


On the way balik singgah jap photo shoot. Cantik sungguh kawasan UNIKL ni, tenang jer.

MARBLE CHEESE BROWNIES

Tahun ni cik rin x panggil kenalan & jiran2x pun untuk sambut birthday izzul yang ke 6 tahun dan shiera 1 tahun. Penat rasanya nak masak & mengemas. Letihnya rasa, baru merancang dah rasa letih belum buat majlis lagi. Sian shiera, dulu masa izzul 1 tahun buat gak birthday dia. masa tu arwah nenek ngan atuk dia ada lagi. So, sangat meriah. Arwah nenek buatkan pulut kuning, agar2x, kuih. Tapi insyaalah, rasa cam tak syok plak x sambut hari lahir derang. so, insyalah akan dibuat tapi hanya untuk family jer. Ok, berbalik pada tajuk. Kek ni buat sebab si izzul suka makan dan lebih bawak gi office. Nak kasi mak buyung yang tengah tunggu hari.




ROTI GULUNG BERINTI SOSEJ

Time rajin nak wat breakfast, maklumlah minggu ni kan kejap cuti kejap kerja. So mood masak memang membuak-buak. amboi.....sampai cam tu skali.
Bahan2:
Roti potong
Sosej dibakar & dihiris 2
Sos cili
Mayonis

Telur 3 biji
Lada sulah 1 sudu besar
Lada hitam 1 sudu besar
garam secukup rasa
serbuk cukup rasa


Nilah hasilnya untuk sebuku roti saiz kecil. ni untuk tuan umah, sepinggan lagi untuk jiran.

Hasil ke PC Expo Nov 2012.

Sukanya dapat tukar laptop nya cover. cute x? he3x cam budak2x jer cik rin ni.
Cik rin beli wireless mouse, Potable disk 500g. tu jer ingat nak beli i tablet kat izzul buat hadiah hari lahir. tapi budjet x cukup so kena tunggu gaji bulan nov ler.

Penuhnya meja cik rin ngan barang2x ya?

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
 

SHE CALL ME ATASHINCI Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles | Best Cash Back Credit Card Image by Tadpole's Notez