Friday, October 29, 2010

RESDUNG @ PERMATA HIJRAH BBU


Salam hari jumaat, semalam aku ngan hubby gi permata hijrah kat Bandar Baru Uda, Johor. Sebelum gi aku servey alamat ngan bayaran kalau gi berubat kat sana. Untuk cek dia orang tak kenakan bayaran. Tapi untuk buat rawatan dia orang kenakan RM50.00. Senang jer nak cari tempat ne dekat ngan Angsana & LHDN punya bangunan. Kat kedai baru jalan padi emas 2. Masuk jer kedai dia aku di suruh gi kat bilik rawatan. Mula2 dia masukkan kat telinga aku ngan pengorek telinga kapas yang dah disapu ubat. Tujuannya nak bunuh kuman. Tapi bunyi bising jer kat telinga. Sakit sikit. Kemudian dia masukkan kat ke dua lobang hidung aku ngan pengorek telinga kapas yang di sapu ubat gak. Aku terus bersin ngan lendir pun kuar sekali. Kira cam selsema ler.  Tapi lendir dia panjang ngan  pekat. Aku tak amik gambo sebab tahan sakit.  Pas berubat aku beli sabun herba ngan pewangi resdung jer. Untuk pengetahuan korang. Resdung aku ni kira tahap teruk. Sebab makan dalam, setiap kali bersin akan keluar ketul kuning yang bau hanyir. Muka tak berjerawat sangat, tapi selalu selsema, mata gatal, kat muka macam ada benda merayap2, rambut gugur. Mata ni kalau kul 8mlm dah jadi cam pontianak sebab merah. Aku pernah wat rawatan kat salon resdung, cara asap tapi mak oi batuk tak henti ngan mata ngan tempat yang banyak resdung pedih cam luka.
PEWANGI RESDUNG
+ Harga: RM12.90

Rumusan daripada pati limau, ubi raja sotong, dan ekstrak mutiara untuk mengatasi
masalah nafas berbau, hidung tersumbat, hidung berair, kegatalan hidung dan juga
selsema.
Cara guna: Caranya sapu disekitar lubang hidung atau titiskan pada hujung jari dan
sedut baunya.
KAPSUL RESDUNG (KOTAK)
+ Harga: RM119.90

Digunakan untuk mengurangkan resdung.
Gatal hidung, berair hidung, nafas berbau, jerawat, pening kepala, alahan makanan
laut, kelumumur, rambut gugur, gatal muka, menanah & berair telinga. 
SABUN RESDUNG
+ Harga: RM22.90


Sabun resdung dengan adunan herba dan mutiara berkualiti tinggi membantu
mencerahkan wajah, melegakan resdung, kegatalan muka dan muka berminyak. ia juga
dapat membantu menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam dan parut nipis dimuka
selain daripada membantu menegangkan dan menghaluskan kulit wajah.

Thanks for Being My Friends