Wednesday, October 20, 2010

ABAH PERGI BUAT SELAMANYA.


Salam pagi rabu, Dah 6 hari abah pergi tinggalkan kami. Tak sangka begitu cepat. Walau macam manapun kami redha. Susahkan? bila adik beradik tak ramai. Abang hanya berdua dengan abang dia. So, memang susah. Abah menghembuskan nafas terakhir pada 1.45 ptg hari jumaat 16/10/2010. Masa tu abang tak pergi sembahyang jumaat kerana tak sedap hati nak tinggalkan arwah abah seorang dirumah. Arwah dah tak boleh nak minum & makan. mata pun selalu pejam. Nafas tak berapa baik. Aku sangat menyesal sebab tak pulang kerumah semasa waktu rehat 12.00 tgh. Pagi tu abang minta aku pulang kerumah tengokkan arwah abah. Tapi aku menolak, macam malas. Tapi tu semua ketentuan allah. Sebelum tu abah sentiasa minta maaf kepada kami bertiga. Aku, abang dan along. Abah pernah cakap yang dia akan mati. Dia pesan dengan haziq, anakku yang kalau dia mati aku dan abang yang membunuhnya. Kami hanya sempat menjaga abah 6 bulan. 6 Bulan hanya dosa yang kami dapat, kami tak sabar dengan kerenah abah. walhal kami tau tu bukan abah. Abah tak suka marah2, maki2, mengamuk tak tentu hala. Baru kami tahu yang arwah abah bukan "bela benda' bukan. Arwah banyak menuntut ilmu dengan siapa saja. Kebanyakkan ilmu menggunakan ayat al-quran. Contohnya buasir, budak suka menangis, Rumah diusik "benda", Air penerang hati dan macam2. Mungkin ketika arwah belajar tu semua "benda"2 tu semua turut ikut. Arwah tak tau, bila dah tua jadi macam tu. Al-hamdulilah arwah pergi dengan tenang pada hari jumaat selepas sembahyang jumaat. Hari tak panas tak hujan. Suasana tenang sama seperti arwah yang tenang menghadap ilahi. Semoga arwah di tempatkan disisi oirang2 yang beriman, diringankan azab kubur dan kuburnya terang dengan cahaya. amin.........

p/s: Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara, jiran, kawan sekerja, sabahat dan teman yang datang berziarah arwah abah kami.
Hi

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers