Wednesday, October 27, 2010

HARTA ADALAH UJIAN



Harta Adalah Ujian
 
Allah menjadikan dunia ini sebagai negeri ujian untuk melihat siapakan di antara kita yang menunjukkan prestasi amalan yang paling terbaik di hadapan Allah S.W.T. Bukannya harta, pangkat, pengaruh dan segala pujian dunia yang menjadi penilaan di hadapan Allah, tetapi ketaatan yang mutlak dan keikhlasan yang suci yang tidak bercampur dengan keinginan kepada makhluk.
Allah menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa segala yang dikurniakan kepada kita adalah amanah sementara untuk melihat bagaimana sempurnanya amanah itu dilaksanakan. Manusia yang disibukkan dengan menghimpunkan harta, pangkat dan pengaruh pasti akan ditimpa dengan lapan penyakit:
·       Sengsara dalam usaha untuk menghimpunkannya dan memburunya
·       Terlupa mengingati Allah
·       Khuatir dan bimbang akan hilang harta dan pangkat
·       Menjadi bakhil dan bengis/zalim
·       Terpisah daripada orang yang soleh
·       Panjang angan-angan sehingga lupa pada kematian
·       Hilang sifat warak sehingga dia terjebak dengan segala perkara syubhah
·       Lupa pada Akhirat
Imam As-Syafie ketika beliau diuji dengan kekayaan lantaran anugerah yang diberikan oleh Khalifah Islam Harun Ar-Rasyid, beliau tidak menunggu masa yang lama untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan. Sahabat yang mulia yang bernama Abu Talhah, apabila mendapat tahu kelebihan sedekah, beliau telah menghadiahkan ladang kurmanya kepada jalan Allah. Orang bijak pandai berkata: "Kemurahan seseorang itu dapat membuatnya dikasihi oleh kawan dan lawannya, sedangkan kebakhilan seseorang dapat membuatnya dibenci oleh anak-anaknya". Orang yang soleh, mereka tidak terfitnah dengan harta dan segala kemewahannya. Bahkan segala diarahkan kepada ketaatan kepada Allah dan sebagai bekalan untuk menuju ke alam Akhirat. Sebaik-baik tunggangan adalah dunia, maka naikilah ia, ianya akan menyampaikan kamu ke akhirat. Semoga Allah sentiasa menambahkan ilmu kita semua. Amin

Ust Mat Esa Deraman

Hi

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers