Monday, October 4, 2010

MAKARONI BAKAR


Ne menu yang aku ngan hubby masak masa reunion 5k3


 MAKARONI BAKAR

Bahan2:
Makaroni
Daging cincang
sosej
cendawan butang
Bawang besar (potong dadu)
Bawang putih (cincang halus)

Lada kering kisar(ikut suka)
Lada sulah
Lada hitam
Cheese (cheddar @ Parmesan)
Majerin
Lada benggala @ capsicum (potong dadu)
Telur 6 biji

Cara2nya:
1.Rebus makaroni hingga masak dan dicampur sedikit garam. Setelah itu toskan.
2.Tumis bawang besar, bawang putih dan lada kering kisar hingga pecah minyak. Masukkan serbuk lada sulah, lada hitam dan sedikit garam.
3. Masukkan daging cincang. Kacau rata hingga daging masak.
4.Masukkan capsicum, cendawan butang, sosej dan makaroni. Gaul hingga masak.
5.Sapukan majerin pada loyang kemudian masukkan makaroni yang siap di masak tadi. Mampatkan dalam loyang.
6.Curahkan telur yang telah dipukul keatas makaroni kemudian taburkan cheese.
7.Bakar pada suhu 150c selama 20 minit.


Thanks for Being My Friends