Friday, October 15, 2010

REDHA


Salam pagi jumaat, penghulu segala hari. Hari yang menentukan kiamat. Aku redha, kali ketiga abah keluar dari hospital keadaan abah lebih teruk, menjerit meminta tolong seakan kami semua ingin membunuhnya. Makanan dan minuman yang kami sediakan langsung tak terusik. Katanya ada racun. Semua nama2 yang dia kenali akan disebutnya. Membuatkan cik lin jiran sebelah rumah penghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang perlu dialysis serta jalan pun macam kura2 pun disebutnya. Pagi2 lagi abah dah buat kecoh tak mahu cuci berak, tak mahu mandi. Malah abah keraskan anggota badanya supaya kami tak boleh mengangkatnya. Aku dan abang angkat abah masuk ke tandas. Kami mandikan abah, cuci beraknya. Terjerit2 "mati aku, mati aku. Sanggup kau buat aku macam ni". Kami dah biasa dengat ayat abah. Jiran2 pun dah mula masak dengan jeritan abah. Tak tahan dengan perangai abah, aku minta jiran kak izan datang ubatkan abah buat kali ke-2. Malam tu kak izan call "win nanti sediakan kelapa muda ngan 3 biji telur ayam kampung". Along siapkan, jam 9.30 mlm kak izan, suaminya, anak bongsunya dan jiran dia datang. Jiranya terus menuju ke bilik abah. Abah masih jerit2. Jiran kak izan minta pensil lalu diselitkan dijari kaki abah. Abah mula menjerit meminta tolong.Tiga kali abah kepenatan, satu kata2 abah yang aku masih ingat semasa sesi pemulihan tu "belum tiba masanya" masa tu jiran kak izan menyuruh "benda" tu keluar tinggalkan abah. Setelah selesai abah tidur kepenatan. Keesokkan pagi abah seakan normal, bercakap perlahan, tak marah2 dan yang paling aku suka abah dah mula nak makan. Aku tinggalkan abah untuk ke pejabat. Di pejabat aku call abang bertanyakan tentang abah. "Abah ok?" Alhamdulilah, aku tak kesah abah nyanyuk asal dia tak meracau. Semalam abah tak lalu makan sangat, minum air pun guna penyukat ubat.Abah dah tak boleh nak menghirup air menggunakan straw. Kekadang air yang abah minum terkeluar. Makan pun hanya 1,2 suap.  Abah dah tak boleh nak berjalan. Kalau dilihatkan keadaan abah, maksud aku badanya. Hanya sangkut kulit dan tulang. Abang hanya lapkan badan abah sebab abah dah tak larat nak bergerak. Kami redha kalau sudah tiba masanya allah ingin menjemputnya dari lihat dia terseksa.

Hi

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers