Salam pagi jumaat, semalam memang sengal. jam lagi 5 minit nak kul 5.00 petang aku memang dah nak kemas2 barang nak balik umah. Pulak, staff HSI call bagitau yang abah nak kena transfer ke HSA dalam jam 6.00 ptg. Dia cakap just nak inform kalau2 esok hubby gi jenguk abah dia kat HSI. Dalam 5 minit kemudiam staff HSI call bagitau yang pewaris kena datang HSI sebab dokter nak discuss something pasal abah. Aku cakap takut tak sempat. Mana taknyer dia suh aku ada kat sana kul 5.30 ptg. Giler ka per? 30 minit sampai HSI. Dah lah waktu balik kerja, mestilah jalan jem. Last2 aku merayu kalau dalam kul 6.00ptg mungkin boleh. Ok, Aku balik umah amik hubby, sebelum tu aku tukar seluar panjang. Naik motor tak selesa pakai baju kebaya. Dalam 6.15 ptg kita orang sampai. Sengal punggung, dah kengkang jalan. Dalam perjalanan tak henti mulut ne kumat kamit baca ayat 1000 dinar. Sampai HSI, yang mengongyer aku gi mintak izin ngan security nak jenguk abah kat tingkat 7. Aku lupa masa tu waktu melawat. Ok, aku tengok abah tengah tido. Dokter pun tanya waris Ahmad Bin Ramli. So dengarlah dokter tu chit chat. Dia cakap dengan faktor usia, darah beku kat kepala abah kesan dulu2. Masalah nyayuk dan sakit mental. Buah pinggang yang ada masalah. Boleh nar cakap by phone. Tu yang kena hantar ke HSA. Jauh2 tidak aku datang cakap tak sampai 10 minit. Ntah jam berapa abah naik ambulance ke HSA. Abah masuk HSI hari rabu dan keluar hari khamis. Kami kena bayar RM167.00. Mahal gak tu untuk sehari. Apa ntah dibuatnyer ngan abah. Agaknya termasuk kos ambulance tak. Hati kami berbelah bagi nak ke HSA ke tak? Last2 pergi gak. Dah lah sengal kat punggung ne tak ilang lagi. Jauh gak nak ke HSA. Tau2 je lah jalan kat Jb ne simpang siur, tutup sana, bukak sini, korek sana tambah sini. Adoi! sakit punggung. Naik motor pun tak tau diam nak selesakan punggung aku ne. Hubby bawak laju kemain. Lobang pun tak nampak. Sekali langgar lobang aku cubit dia. Ha! sakit? aku ne dah macam naik kuda. Sampai kat HSA aku gi kat kecemasan tanya pasal abah. Staff HSA suh tunggu sebab abah kat dalam lagi. Nnati dia panggil, tunggu lama nor. Aku cakap ar, abah transfer je kan. Boleh kami balik? Sorang staff tu jawab "ok lah kak balik jer lah". Balik macam lipas kodong hubby bawak motor, lapar + nak amik haziq kat umah mak aku lagi. Naik motor plak tu, mesti si haziq dah tido. Sah memang tido, kus semangat nak pangku dia naik motor tengah tido. Balik umah aku jer, aku dapat panggilan dari HSA.
HSA: "hello, ne waris en. ahmad bin ramli"? Boleh datang ke yellow zone?
AKU: Alamak cik saya kat rumah dah ne. Ada apa?
HSA: Dokter nak jumpa, nak cakap sikit pasal en. ahmad.
AKU: Boleh cakap by phone tak? Penat saya tak hilang lagi. Jauh saya nak patah balik.
HSA: Tak boleh cik, cik datang sekejap jer.
AKU: Sekejap tu jauh cik, Tolonglah kesian kat saya.
Setelah dibuat bincang akhirnya dokter setuju nak cakap by phone. Nka tau dokter nak cakap apa? suh kami patah balik? Ha! ne ler dia cakap.
DOKTER: Bapak awak ne kes penuaan jer jadi kami akan hantar dia balik HSI.
Nyeksa aku jer nak patah balik. Balik umah kami rehat jap sebab pas isyak ada yang nak datang umah abah. Nak pulihkan rumah tu sementara abah tak der kat umah. 10.30mlm baru kami sempat makan. Lapor dari petang tak makan. Jam 10.35 mlm orang yang pulihkan umah abah dah datang. Yang dia mintak garam kasar ngan lada hitam. So, nak dipendekkan cerita, selama ni yang aku dan nenek belakang tu ternampak memang yer lah ada. Perempuan rambut panjang, badan dia besar dan mata besar. Serupa skit kat gamabr tu. Kata orang tu "benda" tu hanya nampakkan belakang dia jer. Sebab dia malu nak tunjuk muka. Muka dia tak lawa. eeeeeeeeeeee....seram. Aku pernah terpandang "benda" tu kat bilik tido abah. Tapi dia memandang ke luar tingkap. So, aku hanya nampak belakang dia. Korang percaya abah aku dulu buat rumah orang sebesar tidak sorang jer. Orangbantu pun hulurkan kayu nak buat atap. Lain2 dia buat sendiri. Tak logik kan? Ha! benda ne lah tolong dia. Abah tak nak "Benda" ne lagi. tu yang "benda" ne tak boleh keluar dari rumah tu sebab tak der tujuan. Seram oiiiiii........ Memang aku ngan hubby selalu meremang bulu roma kalau masuk umah abah. Kakak aku pun kata umah abah ne suram jer. Ngerinyer.....Ramai gak yang datang umah abah naik bulu roma. Sib baik aku tak nampak muka "benda' tu...kalau tak adernyer aku demam.
Hantu ne lawa, mata jer merah ngan ada masalah gusi berdarah kot...he3x