Friday, October 22, 2010

PAGI YANG HENING


Salam pagi jumaat semua, semalam genap 7 hari arwah abah pergi tinggalkan kami berempat, aku, abang, along & haziq. Kesian haziq, kecil lagi tiada nenek & atuk. Tapi sempat juga haziq bermanja dengan arwah neneknya. Ingat lagi masa haziq baru pandai bercakap. Perkataan pertama yang dia sebut ayah. Ya, sepatutnya ibu. Tapi nak buat cam ner. Ayah dia yang lahirkan dia. he3x.....lawak jer. Mestilah ibu, bu......ok lah tu. Pastu dia pandai sebut nenek. Dia panggil arwah abah "akok". Haziq adalah cucu pertama mereka. Memandangkan anak hanya 2 orang dan 2,2 lelaki. Along pula belum kahwin so, abang melangkah bendul. Bersyukur kepada allah taala yang arwah mak mentua & abah mentua dapat melihat cucu sebelum mereka tiada lagi. Banyak kenangan manis & pahit aku bergelar menantu kepada arwah mak & arwah abah. Dugaan pertama arwah abah kemalangan jalan raya pada bulan 9'2004. Arwah mak menjaga abah waktu siang, pulang along yang menjemput. Abang kerja siang dan malam menjaga abah. Begitulah selama 2 minggu. Aku Sendiri dirumah selepas waktu kerja, sedihnya tuhan yang tahu. Kemudian aku disahkan keguguran. Kandunganku terhenti membesar semasa umur 1 1/2 bulan. Walhal sepatutnya usia kandunganku 4 bulan. Banyak klinik aku pergi, bidan dan 2 hospital. Akhirnya aku akur dengan ketentuan ilahi. Selepas cuci kandunganku di hospital penawar. Aku diberi rehat 10 hari. Hari yang keenam aku pula menjaga abah dengan kain batik dan baju t-shirt. Mereka yang di HSA bertanya "jaga ayah"? "tak lah abah mertua". Pada aku mertua atau kandung sama saja. Masa tu banyak bergerak banyaklah darah yang keluar. Keguguran lebih baik bersalin , sakitnya tuhan saja yang tahu. Semasa menjaga abah 2 hari dihospital sehingga dokter mengesahkan abah boleh pulang. Abah tak banyak kerenak mungkin dia tahu aku pun sakit juga. Mereka tak mendera aku. Tapi aku kesian mak ulang alik kehospital, abang tak tidur malam, along pun ulang alik jemput mak. So, aku 24 jam kat hospital dapatlah mereka berehat. Arwah mak meninggal semasa haziq genap 2 tahun. Arwah tiada sakit dan meningal semasa tido. Arwah meningal hari isnin subuh. Arwah abah perasan yang arwah mak tak bangun2 tuk sembahyang subuh. Walhal dia yang paling awal bangun jam 5 pagi. Walaupun dia hanya mak mertuaku tapi aku sayang dia seperti ibuku. Aku & abang sempat menjaga dia semasa dia menghidap kencing manis & dokter mengarahkan kalau luka dikaki dia tak sembuh. Tak der cara lain kecuali potong saja. meraung arwah mak mendengarnya. Siapa yang nak sebahagian dari tubuh dibuang? Jauh sekali. Kemudian aku berusaha mencari ubat, akhirnya aku berjumpa seorang kakak yang menjual GAMAT EMAS. Susah tau aku nak masuk jadi ahli, lagi2 jual2 cam tu. Setelah meneliti dan aku yakin produk ne berkesan. Lagi2 arwah mak mentuaku ini kuat berpantang. bayangkan kencing manis 16.7 turun jadi 6 dalam masa sebulan. Dan luka di ibu jari kaki yang berlobang dan berjangkit satu kaki boleh pulih. Setelah pulih dibalut kakinya dengan plastik bila nak keluar rumah. sayangnya dia pada kakinya. Aku bukan seorang menantu yang baik, tapi aku sayangkan dia. Berkahwin dengan anak beerti aku berkahwin sekali dengan keluarganya. Kami hanya sempat menjaga abah 6 bulan lebih, sepatutnya kami lebih sabar dengan kerenah abah. Tapi, kami bukan malaikat, kami bukan nabi. Kami manusia biasa yang punya perasaan dan manusia tak sempurna. "maafkan kami abah, kami tak sanggup lagi melihat abah terseksa, kami redha dengan pemergian abah". Tapi kami tak sangka terlalu cepat allah mengambil nyawa abah, hari selasa abah pulih seperti biasa, abah mula nak makan, berbual......noreen rindu abah, haziq dah lama tak bergurau senda dengan abah.......aku hanya menumpang kasih seorang ayah.Seorang ayah yang sangat perihatan padaku insan yang bergelar menantu perempuan. Mungkin aku menantu tunggal dirumah tu. Abah sayangkan aku. Mungkin abah tak ada anak perempuan. Terus terang yang aku tak menitiskan air mata semasa arwah ayah kandungku meningal duania. Sebab mak & ayahku berpisah semasa aku 2 tahun. Kemudian mak berkahwin dengan ayah tiriku ketika aku 5 tahun. Ayah tiriku meninggal kerana kemalangan pada 1998. Bila ada insan yang bergelar ayah, yang menyayangi diri aku. Aku terharu.............Perasaan ditingal pergi oleh seorang ayah. Hanya doa dan amalan anak yang soleh yang dapat kami berikan, ayah dah tak perlu wang ringgit anaknya. Yang hidup pasti akan mati, manusia masih lagi tak mempelajarinya. Sekarang ni tinggal kami 3 beradik & haziq cucu mereka. Terasa sungguh kecil dunia kami. Insyalah kami usahakan untuk mengharungi cabaran mendatang. Doakan kami teman......................doakan kebahgian, kesejahteraan, kesihatan dan kedamaian........................... (maaf, air mata ini mengalir begitu deras, kerana aku masih rindukan mereka)

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers