Thursday, October 28, 2010

CAHYA MATA IBU & AYAH


Setiap perkahwinan akan lebih bermakna dengan kehadiran cahya mata. Tak kiralah lelaki @ perempuan. Ada pula yang diberikan kembar tak kira 2, 3, 4 atau lebih. Mak oi...ada apa sampai 8 orang pun ada. Tu semua allah dah tentukan. Tak payah ada keturunan kalau allah kata kun fa ya kun. Jadilah, dan harus terima dengan redha. Bagi yang ingin dan tersangat inginkan cahya mata tapi allah taala belum lagi memberikannya. Haruslah sentiasa bersabar dan berusaha. Banyak hikmahnya ketentuan allah kepada setiap manusia di bumi ini. Yang susah nak dapat anak ada yang ikhtiar ambil anak angkat, perubatan tradisional, modern. Berharap akan berjaya. Tapi, kalau tak berjaya tu semua dah dirancang oleh allah. Tapi kan, senang jer cakap. Cuma gerakkan bibir atas dan bawah. Bagi yang mengalaminya allah saja yang tau. Lagi2 mendengar pot pet pot pet cakap2 orang. Ada anak ramai salah, tak der anak salah. Kerap bersalin setahun sorang salah. Jarakkan sangat pun salah. Kalau yang bersalin semua yang keluar anak perempaun pun orang kata. Kang bersalin semua lelaki pun orang kata. "ORANG = MANUSIA mana sempurna, insafnya sekejap, taubatnya sekejap. Selagi ada siang dan malam. Selagi itulah mereka tak henti "BERBICARA". Tiada yang sempurna dimata mereka. Bak orang selalu kata "sabar je lah".

p/s: bilalah wajah2 comel ne akan hadir di hidup lagi? Insyalah......









p/s:yang last ne baby giant....

Thanks for Being My Friends