Friday, October 1, 2010

SERONOK SANGAT


Musim raya ne belanja barang umah banyak, ye lah kang kawan datang, sedara mara datang. Takkan kueh jer kot nak di hidang. Masak lah skit2. Raya tahun ne dah 4 kali aku buat masak2 jemput kawan2 hubby, kawan aku, jiran2 yang terpilih. Family aku. Kueh pun tinggal yang kat balang kueh raya tu jer. First aku masak sambal goreng, kari ayam ngan rendang daging, 2nd soto nasi, 3nd mee rebus terengganu, 4rd ketupat sotong, tiramisu ngan mee goreng. Semua tu takkan jadi tanpa bantuan hubby. Dialah teman kemana saja aku pergi. Apa aku buat, Contohnya aku memasak, dia basuh pinggan ngan tolong kemas dapur. Aku basuh baju dia lipat baju. Dia juga chef bila aku kerja. Masak tuk makan tengah hari memandangkan dia jaga abah. Malam hubby kerja. Tu ler masak sampai lupa nka amik gambo. Tetamu yang datang sampai mintak resepi mee rebus terengganu. Walhal aku orang kota tinggi, johor. Buat ketupat sotong ngan tiramisu pun ada yang berkenan. Kongsi resepi apa salahnya. Tapi belanja barang dapur untuk bulan 10 ne kureng. Mana taknyer asyik makan kat luar (open house). Sama jimat sama habis. Biasalah ye tak? hari raya setahun sebulan jer. Time ne lah nak beramah mesra ngan semua kenalan. Seronok sangat. Bajet duit raya tuk kenalan pun lebih sikit. Tahun ne ramai yang bertandang ke teratak kami. Ramai tetamu murah rezeki...amin......Harap tahun hadapan bertambah rezeki dan kenalan....insyalah....lagi beberapa hari jer nak berakhir bulan SYAWAL.....cepat nyer nak pergi.

Thanks for Being My Friends