'Ustaz cakap kami kena belajar berdikari
Tinjauan mendapati sekurang-kurang tujuh kanak-kanak lelaki dan perempuan seawal usia lima hingga 12 tahun dihantar menggunakan sebuah van jam 5.30 petang sebelum berpecah kepada kumpulan kecil di beberapa lokasi tumpuan ramai untuk menjual buku agama.
Mereka yang memakai baju Melayu dan berkopiah dilihat mendekati orang ramai terutama di dalam restoran untuk menjual barangan yang dibawa.
Kanak-kanak perempuan pula dilihat memakai baju kurung menjual buku agama berharga antara RM5 hingga RM10 kepada orang ramai.
Mereka turut dipercayai dilatih menjadi jurujual kerana tidak kekok menjual buku agama dengan alasan menambah dana rumah kebajikan.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang hanya dikenali sebagai Amin berkata, mereka perlu membantu rumah kebajikan yang menjaga mereka selama ini.
hmetro 6 Oktober 2010
P/S: Ada lagi kes cam gini, apa orang tua bebudak ne tak tau ke apa yang diaorang buat sekolah? Belajar berniaga? Tak berperikemanusian betul lah gunakan anak yatim. Kekadang kesian budak2 ne jadi cam pemintak sedekah. Kat stesen2 minyak, bank2..yang peliknya jual barang kata sedekah tapi ditetapkan harga. Aku pernah terkena beli kalender yang salah cetak. Mak aku plak beli minyak sapu macam vicks tapi tak rasa panas pun hanya bau jer. Dia orang letak apa ntah cam jeli. Hubby plak beli CD lagu apa2 ntah. Hai! sedar2 lah ibu bapa.