Tuesday, December 8, 2015

BERTAMBAH MYKID DALAM HAZRI'S FAMILY



Assalamualaikum semua, lamanya tak berblog. Busy ngan kerja yang dah nak hampir tamat pada 31 Disember 2015. Pejam celik, pastu celik lagi dah hampir 4 tahun aku berkhidmat sebagai Technical Clerk di MMHE(Malaysian Marine & Heavy Engineering Sdn. Bhd.) Banyak pengalaman yang aku belajar disana. Kalau ikutkan hati tak nak berhenti kerja. Kalau boleh nak sambung kerja. Tapi apakan daya anak dah masuk 3. Bila mengenangkan anak2x kesian bila mereka membesar kurang perhatian dari si ibu. Kalau asyik bekerja, bila pulang dari tempat kerja asyik penat, letih, nak rehat. Kesian.....Pelajaran anak2x entah kemana, Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu pun kelaut. So.....aku amik keputusan untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Lagipun sekarang ni aku tengah berpantang selepas melahirkan anak ke-3 kami. So, keputusan aku ni didukung penuh oleh sang suami mithali. Lagipun hutang kami hanya tinggal rumah, bil elektrik, bil air, bil tm net dan belanja harian. tadi aku baru berbual dengan anak kami yang sulong izzul haziq. Aku cakap kat dia pas ibu habis pantang, ibu ingat nak gi makan kat Chicken Rice Shop. Dia tanya bila? Aku cakap bulan 2 nanti. Ermmm.....lamanya ibu. Ibu, ayah cakap lepas ibu tak kerja ibu nak meniaga barang. Gelak kejap aku dibuatnya. Lepas tu aku terdiam. Kemudian aku bersuara. Ibu nak niaga apa abang? urmmmm...ha! barang pertama yang ibu nak jual, ibu nak jual ayah. ha3x.....gelak sakan dia. Laku ke ayah tu? ha3x....pastu ibu nak jual abang. Abis asyik kuat makan je, pas makan tido. Tu je yang abang tau kan? ha3x....gelak kami ber-3. Si Insyirah dan Izz Zara dah lena sejak magrib tadi.
Lupa lak nak bagi tau pasal bertambahnya Mykid dalam keluarga Hazri's. Pada Hari khamis lepas iaitu 3 Disember 2015 aku telah selamat melahirkan puteri kedua kami pada jam 6.22 petang. Kami beri nama Nur Izz zara Humaira Binti Hazri. Dilahirkan secara normal dengan bantuan Vacuum sebab aku dah tak ada tenaga nak push baby keluar. dari jam 9.30 pagi tu. Dengan hanya sarapan roti dan air tamar cocoa sahaja. Tanpa makan tengah hari atau minum petang. Letih jugak, Masa masuk jer labour room, Nurse tanya aku sama ada nak amik epidural atau ubat tahan sakit. Memandangkan sebelum ini tak pernah amik kedua-duanya sekali. So, aku tak amik..............
Bersambung.............

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers