Thursday, January 23, 2014

KEMANA CUTI SEKOLAH DECEMBER?

Salam buat blogger2. Lamanya kita tak updated blog ni, macam tak ada topik jer, macam malas jer.....Ok Ahad lepas kami 4 beranak mengakhiri cuti sekolah ke Kuala Lumpur. Tapi lebih teperincinya di Teluk Panglima Garang, Klang. Kami tinggal di rumah mek na.

















Monday, January 6, 2014

WELCOME 2014


Selamat datang tahun 2014. Permulaan yang tak berapa bagus dengan keadaan anakku yang lelah, mula2 si izzul dan hari ini syiera. Kalau mereka mula batuk berkahak aku dan suami dah mula risau. Janganlah semput. Tapi, kerisauan aku datang lebih awal di tahun 2014. Nak buat macam mana dah sakit. Last syiera kena lelah bulan November 2013. Factor cuaca dan pemakanan serta lebih kepada persekitaran. Permulaan 2014 musim hujan dah mula mungkin disebabkan Tahun Baru Cina jatuh awal skit iaitu 31 Janiuari 2014. Alah! tak ada maknanya musim hujan berkaitan dengan tahun baru cina. Dah nak hujan, hujanlah.....betul tak? Jangan nak disalahkan perayaan plak. 

Si izzul kena semput hari jumaat petang, masa tu aku baru balik dari kerja jam 5 petang. Baru jer berangan nak berbelanja baju siang ngan malam untuk anak-anakku. Tapi sebelum tu kami bawa izzul ke klinik 1 Malaysia dulu. Si syiera pulak aku bawak gi Klinik Wakaf An-Nur. Berat gak hati nak pergi klinik ni. Mandangkan syiera serasi ngan ubat2 kat klinik ni aku pergi lah gak. Nak tau kenapa aku berat hati nak ke klinik Wakaf? Ha! sebab dokternya lah......Tapi aku terserempak ngan sorang mak cik ni. Dia tanya ngan aku. 
Mak Cik: Mak Cik tengok klinik ni dah tak ramai yang datang ea....

Aku: Ye la mak cik, kalau dokternya baik2 ramailah yang datang....

Mak Cik: Kenapa?

Aku: Dokternya mulut tak insuran. Ada 1 hari tu mak saya pening2 macam nak pitam Saya pun bawaklah ke klinik ni. Dokter pun buat check-up. Tanya mak saya ada darah tinggi tak? Mak saya jawab ada. Dia tanya ada makan apa2 tak? Mak saya jawab ada daun hempedu ular. Dokter tu boleh cakap ngan mak saya. Kalau nak lebih baik minum klorox ngan air sabun nanti cepat baik. Mak saya terdiam. Saya pun sound dokter tu. Dokter...dengan mak saya jangan cakap berkias2 dia tak faham. Senyap dokter tu.

Mak Cik: ooooo Memang tak bagus dokter ni ea. Patut tak ramai yang datang.

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers