Thursday, October 14, 2010

GEMPAQ


Salam pagi khamis, semalam tepat jam 7.30mlm terima satu panggilan dari adik bongsu. "Abang hazri, bilik long roboh. Nanti cakap ngan kak win". Bukan gempa bumi ya. Malaysia tak ada gunung berapi. Masa tu aku tengah suap abah makan malam. Dengar je brita tu dari abang aku bergegas kelam kabut tak tau nak wat apa. Cuma, "long tolong suapkan abah makan noreen nak gi umah mak noreen, bilik abang noreen dah roboh!". Apa lagi aku suh abang angkat haziq baringkan kat belakang..berdezut.....abang bawak kete. Ucu cuma cakap camtu jer, tu yang buat aku risau....sampai kat umah mak, mak tengah nangis. Inilah rupa bilik abang aku.



Dah lama suh mak pindah, kalau hari hujan aku risau umah mak roboh. Untuk pengetahuan semua, mak duk umah atas air. Tapi umah mak separuh papan, separuh batu. Biasalah umah atas air + bila hujan air longgang besar tu menghala ke rumah mak. So, ada yang terhakis dan + pulak rumah dibina banyak menggunakan pasir dari simen. Dibina pada 1998, tu lah panjang ceritanya, rumah dibuat tak siap, kontraktor lari tapi duit dah amik. Ikutkan mak nak sewa umah lain. Tapi apa orang akan kata? "Anak duduk umah besar2 tapi mak menyewa. Adik aku kat lampan & isteri dia suh duk ngan dia tapi mak tak nak. Al-maklumlah mak tak selesa + segan. Tapi bila dah jadi cenggini aku harap mak duk ngan adik. Kami berebut nak mak duk ngan kami. Tapi, mak tak nak lagipun umah adik umah bawah. Cam aku ngan kakak aku umah dua tingkat. Mak dah tak larat nak naik tangga. Tenang hati bila mak dah tak duduk lagi kat umah tu. Nasib baik tak der apa2 terjadi kat family aku. Alhamdulilah.

p/s: Arwah ayah pernah kejar tokey kontraktor dengan parang panjang sebab tak siapkan umah. Bayangkan kami pindah dengan tiada pintu, tingkap , bilik air tak siap dan tiada veranda. Rumah tu 3 bilik. Semua tu ayah buat pelan2 + upah orang lain. Tapi kesian ayah kena tipu.
Hi

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers