Thursday, September 5, 2013

KETUPAT SOTONG versi JOHOR

Salam semua, banyak2 pos yang aku buat dalam segmen masakan. Ketupat sotong ni jer yang aku tak pernah share secara bertulis di blog. Biasanya aku main pas jer resepi kat kawan2 yang teringin nak buat sendiri. Ok ni aku sharekan yer.

Bahan2:
Sotong 2 kg

Pulut  RM3.00

Halba (1 sudu teh)

Halia, Bawang Merah, Bawang Putih & Cili Api

Santan Kelapa (1/2 kotak besar)

Jangan lupa garam & Serbuk Cukup Rasa.


Cara-Caranya:
  1. Cuci bersih sotong dan asingkan badan dengan kepalanya, buang mulut dan dakwat hitam sotong dan ketepikan.
  2. Cuci bersih beras pulut dan toskan.
  3. Sumbatkan pulut yang dicuci tadi kedalam sotong. Masukkan 1/4 pulut kedalam badan sotong dan cucukkan lidi pencungkil gigi. Ulang hingga sotong habis



4.  Hiriskan Bahan2 seperti halia, bawang merah & putih beserta cili api. (Nak rasa lebih kow gunakan cili kampung merah)

5.  Satukan semua bahan yang dihiris tadi, sotong yang dah disumbatkan dengan pulut dan santan. Nak wangi masukkan daun pandan. Masak hingga pulut tadi masak tapi sebelum tu masukkan garam dan serbuk cukup rasa. 

SELAMAT MENCUBA.

Thanks for Being My Friends