Monday, September 9, 2013

HOLIDAY KAMI KE BUKIT GAMBANG WATERPARK.

Morning.....entry ni dah lama tapi kita baru nak updated dalam blog. Baru berpeluang nak update. Cuti sekolah awal bulan june 2013 kami bercadang nak bercuti di bukit gambang waterpark 2 hari 1 malam. Hari sabtu subuh dalam jam 4.00 pagi kami bertolak dari pasir gudang. Disebabkan baru first time kami bercuti so rasa exited sangat dari anak hinggalah ke ibunya. Yang drive ayahnya..so, aku tido ler dibelakang ngan shiera. Sekali sekala menjeling jugak ke driver kalau aku rasa laju pemanduannya. Maklumlah jalan jauh subuh plak tu. Kami singgah ke masjid di daerah mana pun aku tak pasti untuk solat subuh. Pastu sambung balik perjalanan hinggalah dalam jam 9.00 pagi sampai ke bukit gambang, pahang.
Sampai sana terus gi mandi manda memandangkan cek in hotel jam 3.00pm nanti. Masa start mandi tu tak ramai sangat orang dalam tu bila dah nak tengahari mak oi...x der tempat nak mandi. Layan jugaklah kat anak2 so...semua tempat diaorang merasa nak mandi. Bab makan mahal skit, biasalahkan. Jam 2.45pm kita orang gi lah hotel nak cek-in. Tapi...kat sinilah bermula cerita yang tak sedap dipandang apalagi didengar. Ramai yang kecoh tak dapat bilik lagi. Ada yang dah cek in pagi masih tak der bilik. Tapi nasib baik pihak pengurusan sediakan minum petang, dinner dan tiket untuk masuk wild worlds free. So, taklah membara sangat hati ni. Bayangkan masa kita orang cek in hotel lantai hotel masih basah lagi. Dah lah tu tak der kain lap kaki. So, kata husband dia nak black list terus tempat ni. On the way balik tu kami singgah jap di Muzium sultan Abu Bakar.





Thanks for Being My Friends