Saturday, November 17, 2012

MARBLE CHEESE BROWNIES

Tahun ni cik rin x panggil kenalan & jiran2x pun untuk sambut birthday izzul yang ke 6 tahun dan shiera 1 tahun. Penat rasanya nak masak & mengemas. Letihnya rasa, baru merancang dah rasa letih belum buat majlis lagi. Sian shiera, dulu masa izzul 1 tahun buat gak birthday dia. masa tu arwah nenek ngan atuk dia ada lagi. So, sangat meriah. Arwah nenek buatkan pulut kuning, agar2x, kuih. Tapi insyaalah, rasa cam tak syok plak x sambut hari lahir derang. so, insyalah akan dibuat tapi hanya untuk family jer. Ok, berbalik pada tajuk. Kek ni buat sebab si izzul suka makan dan lebih bawak gi office. Nak kasi mak buyung yang tengah tunggu hari.

RESEPI credit to http://www.tiffinbiru.com/2012/09/marble-cheese-brownies.html

BAHAN-BAHAN BROWNIES :-)
250 gram mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu sejat (mat guna "IDEAL")
1 1/2 cawan gula halus (mat guna 1 1/4 cawan)
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul dan ayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN TOPPING CHEESE :-)
250 gram cream cheese
1 biji telur gred B
3/4 cawan gula halus (mat guna 1/2 cawan)
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon
1 camca teh jus lemon
2 camca besar susu sejat

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur, parutan kulit lemon, susu sejat dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus (atau corak yang anda gemari), kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Mat simpan brownies ni dalam peti sejuk selama semalaman atau sekurang2nya 2 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin...




Thanks for Being My Friends