Disebabkan tiada pengalaman dalam merasai proses melahirkan anak. Aku jadi teruja nak tahu. Jadinya sibuk menanya pada yang berpengalaman. Mana taknya, ramai yang dah menegur perut dah turun. Mak bidan pun kata mungkin dalam minggu ni sebab dia rasa perut aku ngan kedudukan baby. Mintak2 bersalin normal dan aku harap sangat baby taklah menjejak macam abang dia sampai 3.6kg. Ngeri, baby besar sangat susah nak keluarkan. Kali ni rasa macam semuanya cepat sangat. Masa pegnant 5 bulan aku dah kena inject kancing gigi. Selera makan pun membuak2. Bayangkan 2 minggu berat badan naik 2.5kg. Tapi kalau ikutkan kenaikkan berat badan sebelum mengandung hingga sekarang ni baru 9.4kg. kalau pregnant yang dulu 16kg. Makin nak tunggu hari makin naik, makin tak cukup tidur makin naik berat badan. Kalau yang dulu lambat 6 hari dari tarikh due date. kali ni macam cepat pulak. Aku dapat merasakan sedikit2 rasa sakit nak bersalin, maksud aku tanda2 awal. Rasa teruja lah pulak, hubby orang yang paling risau dan takut, kedua izzul siap pesan "ibu nak keluarkan baby kena kuat semangat tau" he3x....sayang anak ibu. Dah nak jadi abang ea? Dan sekarang aku selalu bertengkar dengan si bujang sorang ni bila nak buat kerja rumah. Mana taknya semua dia nak buat dengan alasan "abang dah besarlah ibu". Orang nak vacume sibuk dia pun nak, pas makan siap basuh pinggan, tapi melebih main air. Pastu puji diri sendiri "abang baguskan ibu". Jawab jer ya, kalau tak monyok pulak. Kalau tak kasi dia tolong buat kerja rumah mulalah cakap macam2. "abang tak nak tolong ibu pakai kasut lagi" ha? sebabnya aku dah tak larat nak bongkok2 nak pasang tali kasut, tu yang dia beriya2 nak tolong. Pastu ungkit plak, bila x disuruh rajin kemain, bila disuruh macam2 alasan, penat, asyik abang je yang tolong. Paling dia rajin, asingkan hanger ngan baju bila aku dah angkat. Dah pandai lipat baju, tapi dia punya ler. Hentam kromo jer, aku dah retired dari mencuci baju, memang kena beli mesin basuh auto ler pasni. Biar ada 2 mesin senang, 1 auto 1 manual. Laundry room pun belum siap reno. Tangga x siap buat store lagi. Aku cuti 2 bulan nanti boleh ler buat.
Sedikit info menanti proses kelahiran, lebih tepat tanda-tanda melahirkan baby.Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar
Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.
Tanda-tanda hendak bersalin
Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.