Semalam aku x kerja, pagi2 dah sakit perut, sakit blakang tak larat nak bangun rasanya. Tapi aku terpaksa gagahi juga sebab tak der orang nak uruskan si izzul. makin nak bersalin ni makin manja kemain si bujang sorang ni. Bukan dia paham kalau ibu dia sakit ke, x larat ke. Sekejap jer tahap kesedaran dia diatas ketidakselesaan ibu dia selama pregnant ni. Time mood dia ok "ibu penat ea? oklah abang dah besar mnadi sendiri la. "nanti baby nak keluar ibu kena kuat semangat tau", Kalau baby dah keluar nanti abang nak jaga baby, nak tukar pampers baby, nak buat susu baby". Dlm hati aku" ye la tu...tengokkan jer nanti. Special request dari M.Izzul Haziq, "ibu abang nak baby boy tau sama macam abang, boleh ajak main ultramen sama2. Apa2 pun anakku, kita tunggu jer pas ibu bersalin ea. Hubby balik kerja jam 3pm sebab nak melawat arwah ibu kawan dia yang kembali kerahmatullah malam isnin di Air Tawar 2, kota tinggi. Dalam kul 6pm hubby ngan the geng JBFM bertolak ke air tawar 2. Arwah dah lama sakit, dalam masa setahun kawan hubby kehilangan kedua orang tuanya. Apa pun allah lebih sayangkan dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
~~ Al-fatihah~~