Nak tau apa jadi semalam? Bangun memang awal sebab nak siapkan izzul haziq ke sekolah. Semalam hari terakhir dia amik exam. Cuma exam sempoa jer pastu belajar cam biasa. 2 hari sebelum tu aku dah mintak pengasuh dia tolong jagakan dia sekejap sebab khamis @ 13/10/11 aku kena gi HSI nak check up baby ngan hubby. Bila izzul dah gi sekolah aku gi la umah pengasuh dia nak hantar beg baju dia, bagi salam punya banyak kali. Hubby pesan kalau 3 kali bagi salam dia x jawab balik jer. Ok, aku balik tapi biasanya si lin ni suh aku tinggalkan jer bag baju izzul kat dlm pagar. Sebelum tu, pagar umah lin tak berkunci ea. Jadi aku masuk dan ketuk pintu sambil bagi salam. Dah tu, on the way nak gi sarap aku call, kat tempat sarap aku call. Banyak kali tau lebih 10 kot. Tak berjawab, sakkit gak hati ni, last2 aku call sekolah izzul tanya jam berapa exam habis. Cikgu dia kata dalam kul 10 pagi. Oh! x sempat sebab 10pagi tu temujanji aku ngan dokter pakat HSI. Jadinya aku & hubby kena cari alternatif lain, sib baik ada isteri kawan hubby si liza. Aku call liza mintak tolong jagakan izzul sekejap sebab kul 11:30pg dia balik sekolah. Alhamdulilah, nasib baik boleh. Sampai kat HSI jer aku turun dulu tuk amik nombor. Takut2 lambat....memang pun ramai gila orang. Aku jengah bahagian pregnancy kat bahagian pakar ramai oi! Amik nombor, daftar bayar RM5. Pastu gi kat bahagian pakar. Gi ceq berat badan, ha! berat aku dah 78.4kg. 1 minngu naik 0.5kg. Mak oi! rasanya nak bersalin jejak 80kg. Ceq tekanan darah, ok no problem. Pastu amik nombor tuk jumpa dokter pakar. no. masa tu 9017 dan nombor aku 9258. Lama giler aku nak nunggu. Tengok nombor lambat lagi aku ngan hubby gi cari majalah ke surat khabar ke nak mengisi masa yang giler banyak terluang tu. nak chat kat FB pun tak boleh line DIGI x der. Cari punya cari kedai jual surat khabar 1 kedai jer jual. Tu pun tinggal surat khabar tamil ngan NST. Beli makanan je la. Nasib baik ada tv leh tengok kartun. Chit chat ngan hubby, tengok gelagat orang & budak2 yang ikut mak derang gi check up. Terhibur gak. Sedar tak sedar alih2 dari no 9025 terus melompat ke 9250. Wah! mana pergi no yang lain2 ea? Punggung aku pun dah panas.....tentiba ada satu nombor ni x berpenghuni. Dah dipanggil berkali2 tapi owner dia x datang2. Aku duk bisik ngan hubby. " Kalau ayang x mo ar gi bilik tu, dokter dia lelaki ar. Last2 no aku plak kena panggil. Masak, dokter lelaki.....hadui! Masuk2 dalam bilik tu ada sorang nurse, dokter lelaki tua tu ngan sorang dokter cina muda. Aku rasa pelatih yang dokter muda tu. Macam biasa dokter tanya soalan yang sama. Kenapa dulu kena operate. Anak 1st umur berapa bla3x. Last2 dia suh aku baring atas katil nak scan perut. kali ni dokter pelatih yang scan. Ganas giler, bley plak dia tekan2 perut aku...ingat nak sound, nasib baik x sakit. Nurse pompuan tu siap sound "ha, abang boleh tengok ea". Sebelum masuk aku dah cakap awal2 ngan hubby suh amik video masa derang nak scan. Ok, tu semua nak jadikan kenangan kami. Terang giler, siap nampak tulang rangka badan tu. Dokter pelatijh tu ukur panjang kaki, kepala, ceq uri. Ok semua ok...berat dia anggarkan 2kg lebih. Opps...dokter pakar tu bising asal dah 36weeks berat 2kg lebih jer. You salah tengok tu! Dokter pakar plak scan. Ha! 3.0kg, kesian dokter pelatih tu kena marah....Changes untuk aku bersalin normal 90%, kalau lambat bersalim cam biasa masuk ubat. Kata dia kalau dah ada tanda2 nak bersalin terus masuk hospital. Pasni aku dah x yah gi klinik masai @ hospital . Gi klinik desa jer. Ok, tiap2 minggu ea....sampai ler nak bersalin. Lupa plak nak tanya jantina...x per ar....suprise jer...Tapi firasat aku boy. Sukalah izzul dapat adik boy. Dah jadi 3 mat sepet..ha3x.....