Wednesday, November 2, 2011

BETTER A BOY THAN A GIRL.....


Lama amat tak berblog, malas, malas, malas dan sangat malas. Fikiran hanya tertumpu untuk mengeluarkan baby dari perut ni. Dengan ketidakberdaya untuk pergi kerja. Namun perasaan "penantian suatu penyeksaan" memang 100% bebetul. Hari2 aku berbual ngan baby dalam perut suruh dia keluar cepat. Masalahnya sakit nak bersalin datang main2. Kejap sakit pastu ilang. Ahad lepas sakit kemain cam nak period. Hampir 1/2 jam tu, cuma tak ada tanda2 macam lendir bercampur darah ataupun air ketuban pecah. Macam anak yang 1st air ketuban aku pecah masa nak buang air kecil dalam toilet HSA. Harap2 kali ni semuanya selamat, aku & baby. Sakit kat bawah ni tak usah nak kira, memang kerap. Tapi macam manalah yer, orang kata bagi perempuan2 yang mengandung anak luar nikah, perempuan yang dot2 tu senang benar nak bersalin. Wallahualam misawal.........dalam perhitungan mengikut scan baby lagi 8 hari. Dah sah memang tunggu hari. Tapi dokter kata jalan kat bawah dah nipis boleh deliver bila2 masa jer, hampeh!, bidan kata perut dah jatuh, bila2 masa jer, hampeh!....Semalam kaki sebelah kanan dari peha sampai jari kaki sakit kemain. Dah suh hubby urut ilang ler sakitnya kejap. Hubby gi kerja sakit datang balik. Macam nak jerit sambil nangis. Nasib baik ada minyak urut yg power. Ilang ler rasa sakit tu. Tengah2 sakit leh plak pikir balik pasal resault scan baby nak tau jantina boy ke girl. Dokter kata memang nampak girl. Tapi firasat aku boy. Tengok pada perut pun muncung jer. Bila2 pikir2 balik aku rasa nak boy, tak membazir ler baju abang dia yg kecik2 dulu. Boleh adik dia pakai balik, abang dia pun nak boy. Cuma, ayah dia jer nak girl dan mengconfirmkan aku ngandungkan baby girl. Tapi aku nak boy......tapi.......apa2 lah....asal baby selamat, sihat, normal.......apa2 pun ok.

Thanks for Being My Friends