Tuesday, November 15, 2011

CUKUP SEKADAR 6 HARI

Dari 9/11/11 aku dan hubby ulang alik poliklinik pasir gudang untuk buat pemeriksaan jaundis shiera rasa memang x larat. Apatahlagi masih dalam pantang. Tapi aku gagahi juga, seksa nak duduk lama2 dalam kereta jadi hubby alaskan bantal untuk aku duduk supaya x sakit bila terhentak-hentak. dari bacaan 13.7, 15.9, 14.9. 14.4, 11.9 hingga pagi tadi 9.3 lega rasanya dah tak payah lagi ke klinik. Nasib baik klinik, kalau kena gi HSI (Hospital Sultan Ismail) lagi ler x larat. Masa bersalinkan si abang dulu aku yang nampak kuning bukan anak. ha3x......Ingatkan bayi lelaki jer yang kuat susu, perempuan lagi kuat susu. Tak sempat nak membengkak dah nangis nak susu. Hari ini umur shiera dah 12 hari. Aku pun dah sihat sikit, Rasa jahitan kat bawah dah nak baik. Ubat yang HSI kasi untuk sapu kat jahitan dah habis aku guna minyak gamat jer. Tak macam masa bersalinkan izzul dulu, aku teguk air pati ikan haruan sampai umur izzul 1 tahun. Bersalin kali ni aku x buat persediaan macam beli barangan lepas bersalin Leesa Formula ngan pati ikan haruan. Lepas sihat sikit ingat nak minum gak. Yang penting nak jaga balik badan, almaklumlah ngandungkan shiera berat badan naik sampai 79.9kg. Kalau boleh dan semestinya boleh aku nak turunkan berat badan hingga 60kg. Nak pakai balik baju kebaya masa anak dara dulu. ha3x...angan2 moga jadi kenyataan.......hubby siap cakap suh bengkung perut ngan bidan. 5/12/2011 ni genap sebulan umur shiera maknanya kena gi klinik untuk amik injection.

Thanks for Being My Friends