Friday, November 25, 2011

TERTUKAR DUE DATE.

Baru 22 hari menjadi ibu buat kali ke-2, tapi rasanya macam sibuk yang amat sangat. Sampai hubby tertinggal bag dompet masa nak gi kerja tadi. Nasib baik tadi dia perasan masa nak beli makanan kat pasar malam. Kalau dah sampai kat tempat kerja pastu ada plak roll block, dah kena saman. Dulu masa baru ada anak sorang banyak kerja aku boleh buat sebab aku suka kerja2 kraftangan. Niat dihati nak menjahit sarung bantal sofa. Tapi apakan daya mood belum datang lagi. Hubby pun sibuk uruskan hal rumah x sempat nak mengecat kerusi ngan tangga. Tak per ar pelan2, Isnin nikan cuti. Salam Maalhijrah 2011.

Muhammad Izzul Haziq Bin Hazri
Due date deliver: 4 Nov 2006
Lahir: 10 Nov 2006 / 3.6kg / 51cm


Nur Insyirah Hilda Binti Hazri
Due Date Deliver: 10 Nov 2011
Lahir: 4 Nov 2011 / 3.24kg / 51cm

Tak sangka dah ber anak 2 rupanya aku ni. Tapi tu la rezeki lambat. Orang lain dah 4,5 orang cahya mata. Tak per lah sekurang-kurangnya ada juga zuriat. Bagi yang belum ada cuba lagi dan banyakkan bersabar dan berusaha. Tuhan maha adil pada setiap hambanya. Ok, berbalik pada cerita anak-anakku, bila dah bersalinkan shiera baru aku perasan yang due date dia orang bertukar. Si adik amik due date abang dan si abang amik due date adik. Memang kena banyak bersabar dalam membesarkan anak yer. maklumlah si abang dah 5 tahun, jadi dalam masa 5 tahun manjanya bukan main, ye lah.....tak der saingan. Tapi bila lahir saja si adik, pandai pulak si abang mainkan peranannya. Nak jaga adik, nak susukan adik, nak mandikan adik. Dan yang tak boleh bla "ibu abang nak keluar kejap ngan ayah, ibu tengokkan adik ea, adik nangis kasi susu tau". Gelak aku sorang2........Lagi teruk dah nak akhir2 hari kesekolah, dah dekat cuti sekolah...malas pulak dia nak pergi. alasannya "nanti kalau abang gi sekolah, kalau adik nangis, penat abang nak balik umah jalan kaki". Nak wat cam mana...cuti jer lah..sempatlah 3 hari dia ke sekolah pada minggu terakhir sekolah. Nasib baik dah exam...



p/s: Anak bagiku adalah harta yang tak ternilai anugerah dari allah s.w.t, bila tengok kes buang anak atau kes penderaan. Bila anak2 tak der ngan aku, mulalah aku rindukan mereka dan cepat2 nak balik umah. satu jer yang terpikir kat kepala ni " dia orang ni manusia ke binatang? Manusia bunuh manusia? kanibal ke?

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers