Sunday, November 13, 2011

A DAY BEFORE DELIVER


Hari rabu aku kuatkan semangat pergi kerja cam biasa. Pergi kerja pun siap berbekalkan makan untuk sarapan ngan makan tengahari. Sebab aku memang dah tak kuat nak jenjalan sangat. Kenapa aku gi kerja sedangkan dah cuti lama? Sebabnya dah bosan menanti tanda2 nak bersalin x muncul tiba. Tapi, jeng2x balik jer kerja aku ke toilet nak buang air kecil. Tentiba tengok2 spender ada warna coklat2. Bila cuci tanda2 coklat banyak lagi. Warnanya coklat dan seperti lendir yang pekat dan panjang bila ditarik. Tapi masa tanda coklat tu keluar perut aku tak sakit. Jadi, pas hubby gi kerja jam 7pm aku mandi, bagi makan izzul dan tidurkan dia. Pastu rasa macam nak wat kek cokelat jer. Bila pikir esok hari khamis izzul x ada bekal nak dibawa ke sekolah. Ok, siap buat kek jam 11.00 malam. tak sabar nak tunggu esok siang,  malam tu gak aku makan kek panas2. Siap sms ngan hubby cakap sedap kek cokelat. Esoknya jam 7am aku rasa sakit perut dan tanda cokelat muncul lagi. tapi aku kuatkan semangat hantar kek cokelat kat jiran2. Siapkan izzul ke sekolah. Call hubby cakap ngan dia jangan balik lambat. Dan sebelum gi klinik desa nak ceq jalan aku singgah umah kawan hubby hantar kek cokelat. Masa kami gi klinik desa, nurse alimah ceq jalan dah bukak 2cm dan tanda cokelat makin banyak. Dia suh kami ke HSI. Bila sampai ke bilik saringan, segan giler rasa bila dokter lelaki panggil aku nak ceq, dalam hati macam nak menjerit jer...Aku nak dokter perempuan!!!! Tapi mulut macam terkunci jer. Asal ler time aku jer dokter lelaki, melayu plak tu..segan giler nak terkangkang bagi dia ceq jalan dah bukak berapa cm. Mula2 dia kata kalau 2cm aku kena balik. Dalam otak ni dah siap pikir, kal;au dia suh balik aku nak ke HSA. Skali dia ceq lagi dah bukak 3cm. Ok, nurse suh hubby daftar aku masuk wad 4a dalam jam 11.45am.

Tak selera makan makanan hospital, suh hubby tapau kat kantin HSI.

Dalam wad tu aku exercise jalan sana sini. Kata orang cepat skit nak bersalin. Tolong kawan yang aku baru kenal dalam wad tu. Sebabnya dia nak kena operation, bayi songsang kepala keatas kaki kat bawah. Dalam kul 3pm dokter round nak ceq ibu2 mengandung. Ok, dalam kul 5.30pm aku kena panggil ke bilik dokter nak ceq jalan dah bukak berapa cm. Ceq2 skali dah 4cm, nurse booking katil kat wad bersalin. Ingat booking lambat dapat katil. Baru nak nyembang ngan hubby, skali dah kena masuk wad bersalin sebab dah ada bilik kosong. On the way nak ke labour room ada sorang nurse india pesan kat aku, "kak, air selusuh tu jangan ditutup botolnya". Aku pun bukak ler, belum pun keluar wad 4a air ketuban dah pecah. Aku pun apa lagi, "nurse air ketuban saya dah pecah" dah nurse tu tolak wheel chair macam formula 1. Laju tu.......Sampai kawan dia tegur "hoi! x bagi salam terus masuk" , "sory emergency, air ketuban patient dah pecah".....banyak giler keluar. Dah baring atas katil pun belambak yang keluar. Kenapa nurse tolak wheel chair aku kemain laju? Sebab ada sesetengah ibu yg nak bersalin bila air ketuban pecah terus baby nak kuar. Aku request nak dokter perempuan, ok dapat..ingatkan dokter perempuan lembut..skali amik ko ganas. 3 orang kerjakan aku. Sorang jolok kat bawah nak keringkan air ketuban, sorang cocok jarum kat tangan kiri dan sorang cocok jarum kat tangan kanan. Rasa cam anak patung plak. Hoi! sakit, ingat yang kena operate jer kena cucuk2 jarum, normal pun sama. Dah settle derang siapkan aku, aku mintak nurse pangiilkan hubby sebab dah boleh masuk bilik bersalin untuk temankan & beri semangat untuk aku. Lama gak duk dalam bilik bersalin, tapi aku tak rasa sebab dah sakit, makin lama makin kuat sakit. Tak sedar dalam jam 11mlm aku dah terasa nak teran. Yang si nurse asyik cakap bacaan jantung baby tak bagus. Hubby pun dah nak naik marah ngan nurse tu. Aku tengah sakit, nak meneran dia plak cakap x bagus, x bagus. Skali ada  dokter perempuan masuk tengok aku tengah nak meneran, skali dia ceq dah bukak 8cm. "Ok, kalau norizan nak teran pelan2 yer, sebab baru 8cm. Entah macam mana sekejap jer dalam 12 lebih dah bukak 10cm. Dah fully tu, apa lagi bila ada rasa teran, aku teran. Masalahnya rasa nak meneran tu automatik, sakit jer automatik teran. Kemudian bila x boleh dan x cukup nafas untuk aku meneran ramai giler yang datang bagi sokongan, dokter lelaki, perempuan, nurse.. Almaklumlah baru baik selsema ngan aku ni pengidap tegar resdung. Hubby banyak beri peransang dan sokongan masa dalam labour room. Aku tengok dia pun cemas sebab 1st time tengok aku bersalin secara normal dan aku sangat2 tak sangka hubby kuat semangat, aku ingat banyak keluar darah, tapi yang banyak air, sampai nak bersalin banyak lagi air ketuban yang keluar. Tengah2 meneran kaki krem plak, terpaksa pacak besi kanan ngan kiri untuk menahan kaki aku. Ok, time tu aku dah meneran ngan sekuat hati, masalah bila tak cukup nafas, ada ke dokter tu kata ha! teran, geram lagi. Bila aku stop meneran kepala baby masuk balik. Last2 dokter ngan hubby bagi semangat dan aku teringat kata2 izzul "ibu kena kuatkan semangat nak keluarkan baby. Automatik semangat dan kekautan datang. Aku teran, dokter gunting, apalagi aku jerit sampai serak tekak. Tapi alhamdulilah x banyak yang kena jahit hanya 5 jahitan. Aku sungguh tak sangaka yang aku boleh bersalin normal dan allah permudahkan proses kelahiraqn baby ke-2 kami. Bersyukur sesangat kehadrat ilahi kami dikurniakan bayi perempuan. Masa dokter letak baby kat atas perut aku, ingatkan boy, sebab tengok perut aku cam bonjol jer. Scan memang dokter kata perempuan, tapi almaklumlah aku kurang confident. Si izzul plak kata dia nak boy x mo girl. Tapi hubby confident baby girl. Bangga ler tu tekaan dia betul. Dokter jahit x bius, sakit tapi tahan jer. Kat dalam jer dia bius. Aku masuk wad pas bersalin dalan jam 3.30 pagi, seksanya nak gerak, si nurse plak suh aku gi toilet tukar pad. Lemahnya badan, sempat makan roti ngan minum air soya jer yang hubby beli petang tu. Pastu mana boleh tidur lena, dah tu jam 5.30pagi nurse bagi tau jam 6.30 pergi ceq jahitan kalau nak balik tengahari. Memandangkan nak cepat2 balik aku gagahi juga ke toilet walaupun lemah longlai. 1/2 jam aku dalam toilet. Tukiar pad jer, x larat nak mandi. Jam 7pagi baru aku gi ceq jahitan. Alhamdulilah ok, boleh balik tengahari sebab anak pun dah berak, aku dah kencing. Seronok dapat balik umah.

Nur Insyirah Hilda Binti Hazri
3.24kg / 51cm
4/11/2011 @ 1.28am

Thanks for Being My Friends