Monday, October 3, 2011

2 IN 1

Apa yang 2 dalam 1? Sabtu lepas jiran depan rumah arwah mertua ada buat majlis kenduri kawin anak perempuan dia yang no.3. Dengar2 cerita anak imam ni cikgu sekolah menengah. Sekolah mana ntah....imam ni jarang bergaul ngan jiran2 dia.  Sebab dulunya derang ni warga arqam. Sabtu tu, aku gi ofis jap bayar gaji pekerja. pastu terus gi rumah jiran arwah mertua. Masa dah sampai tu hubby cakap "ha! nak parking kete depan umah pun susah" aku pun jawab "biasalah ada kerja kawin'. Masa tu aku terperasan kakak nurse yang aku selalu gi checkup pregnant kat klinik desa cahya baru ada kat situ. Tertanya gak, apa yang dia buat kat situ. Aku suh hubby berhentikan kereta kat simpang, aku ngan izzul turun. Aku sapa nurse tadi.

Aku:  Kenapa kak?

Nurse: Ni ha, jiran ko meninggal.

Aku: Sapa?

Nurse: Suami dia...sakit jantung & angin akhmar.

Aku: dlm hati(cik lin x der suami) siapa ea? ooooo..... suami kak ina...innalilahirajiun....terkejut aku memang x sangka....

Nurse: Tadi derang call suh sahkan sama ada suami dia ada lagi ke tak...dah meninggal, memang kaki dah biru tapi dari wajah dia sampai dada masih panas lagi. x per lah akak nak balik dulu. Akak suh derang call dokter untuk sahkan lagi.

Aku: Ok, kak....tu rumah saya yer yg warna hijau. (apasal aku tunjuk umah? aku nak berpantang kat situ ler nanti, senang nurse ni nak datang.)

Dengan pantas aku call abang ipar suh dia balik awal. Semua yang datang ke rumah pengantin terkejut ada kematian disebelah umah. Semua ingat cik lin. Sebab dah nak 2 minggu cik lin masuk HSI. Yang buat kenduri kawin ayahnya imam surau kat situ2 gak. Tapi yang heran still bukak lagu2....cumanya x over ler cam jiran aku buat marhaban tapi karaoke sampai subuh baru berhenti. Maklumlah biadap + kureng asam. Tak ingat ada penghuni lain kat situ selain dari depa 3 keluarga.

Semoga kak ina dan keluarga tabah dalam menghadapi dugaan yang allah beri. Kesian kak ina, dah lah sakit buah pinggang. Masa arwah suami dia hembuskan nafas terakhir pun dia tengah gi cuci darah kat masai. Tak sempat nak cuci darah baru masukkan tiub. Dia dapat call dari keluaga dia yang suami dia dah tak ada.  Anak kecik2 lagi, berilah mereka kekuatan ya allah!.....kau permudahkanlah perjalanannya. Tapi kalau allah nak cabut nyawa x tanya pun tanggungan kita. setiap masa kena bersedia menghadapi kematian.

Al-Fatihah.......

Thanks for Being My Friends