Tuesday, August 17, 2010

MENU BERBUKA PUASA 5 RAMADHAN 1431 H


MEE SOTO & BERGEDIL DAGING resepi dari myresipi.com.my

 Resepi Soto Ayam 
Bahan-Bahan untuk Kuah Soto 
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai (dititik)
1 inci lengkuas (dititik)
1 pokok daun sup (kerat kasar-kasar)
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup
1 1/2 camca besar rempah kurma
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1.5 inci halia
4 biji buah keras
1/4 inci kunyit hidup
1 camca besar lada hitam biji (dikisar halus) 





Bahan-Bahan untuk Tumisan 
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih 




Bahan-Bahan Sampingan
 Nasi impit (didadu)
Begedel
Taugeh (buang ekor dan celur sekejap)
Cili kicap
Sambal
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Telur rebus
Kentang rebus atau goreng 




Bahan-Bahan untuk Sambal Kicap 
15 biji cili padi
6 ulas bawang putih
½ cawan kicap manis
1 biji limau nipis/ 2 biji limau kasturi
3 sudu gula
Kicap lemak masin


Cara-Cara untuk Menyediakan Kuah Soto


1) Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan tumisan sehingga naik wangi dan garing.

2) Kentang dipotong dan digoreng hingga garing. Setelah garing, tumbukkan atau lenyekkan kentang itu sehingga hancur.

3) Masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis sehingga wangi.

4) Campurkan rempah sup dan kurma. Bancuhkan dengan sedikit air. Kacau dengan rata dan masukkan dalam periuk tadi.

5) Tumiskan rempah sehingga sedikit garing.

6) Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biarkan kecut sekejap. Tuangkan air ke dalam periuk dengan secukupnya.

7) Masukkan bawang goreng dan daun sup. Kacau dengan rata dan biarkan mendidih.

8) Kecilkan api dan renih sebanyak 1-2 jam.

9) Tambahkan garam secukup rasa.

10) Isikan nasi impit secukupnya dalam mangkuk. Tuangkan kuah soto ke dalam atau dipisahkan dengan mengikut citarasa sendiri.

11) Letakkan begedel dan bahan-bahan lain.

12) Soto boleh dinikmati dengan sambal atau cili kicap.

Tips: Bahagian ayam yang berdaging, direbus sekali dalam kuah soto selama 30 minit, kemudian keluarkan, biarkan sejuk dan dicarik halus. Daging ayam akan lebih sedap dimakan.


Cara-Cara untuk Membuat Sambal Kicap 

1) Tumbuk 15 biji cili padi sehingga halus.

2) Tambahkan 3 sudu gula secukup rasa ke cili padi.

3) Tumbukan cili padi sekali lagi sehingga hancur.

4) Gorengkan cili padi sehingga pecah kulit.

5) Kemudian gorengkan 6 ulas bawang putih bersama cili.

6) Campurkan ½ cawan kicap manis.

7) Tuangkan kicap lemak masin secukupnya. Kacau dengan rata.

8) Letakkan 1 biji limau nipis atau 2 biji limau kasturi.

9) Akhirnya, sambal kicap telah dihasilkan dan sedia digunakan. 

Thanks for Being My Friends