Wednesday, August 11, 2010

FIRST DAY BERPUASA


Salam semua, cam ner first day berpuasa? Malam tadi dah masak tuk sahur. Lepas isyak baru makan malam. Sahur jam 3.30 pagi. Aku, along ngan abah. Walaupun abah tak diharuskan puasa hanya perlu bayar fidiyah sehari 1kg beras kepada fakir miskin. Abah nak jugak puasa. Si haziq ngorok berdengkur sebab malam tadi dia buat konsert "HOTEL MANIA" kat bilik masa aku tengah lipat baju. Alhamdulilah abah tak banyak meragam. Ceh! cam baby lak. So far ok, no problem. Tak lah bukak pampers sesuka hati nak campak mana. Dia tenang jer semalam. Sampai ke siang hari. Tak meracau atau menjerit2. Aku tidur dengan tenang cuma abang tak der kat sebelah jer. Rindu....serindu...rindunya....... Bila kah kita kan hidup normal cam dulu ek? Apa pun redha dengan ketentuan allah. Segala yang di aturkannya punya hikmah disebaliknya. Aku cam biasa asal cuti jer ngemas. Tengah2 ngemas ngan abang kat belakang umah. Along call tanya abah. Dengan secepat kilat tak padan semput dan uzur, abah menuju ke motosikalnya. Dengan tujuan nak balik. Bermula adengan perbincangan 6 mata. Ceh wah. Last2 kami biarkan abah ikut haluanya...Dah macam adegan drama lak. Last2 aku bagi syarakan kat abah dia kata . "Dah tak nak dengar syarahan kau, tu semua karut" 'apalah puasa2 tak nak tolong aku sorongkan motor ne kan dapat pahala" dalam dia duk bebel sambil sorong motor tentiba motor tumbang. Pandai lak panggil abang mintak tolong. Abang tak layan. Sketsa ne cam bebudak yang dilarang melakukan sesuatu tapi berkeinginan juga nak lakukan. So, inilah akibatnya. harap2 dia serik nak naik motor. Moral of the story, tolonglah dengar cakap yer.


Thanks for Being My Friends