Tentiba rasa diri ni macam orang susah bangat. Pergi ANGSANA, JB. Masuk UO.
Ni citer ari ahad lepas tau balik dari HSI.
Masuk UO kononnya nak cari baju seluar kat haziq, pegang seluar jeans RM30++ sehelai, lepas balik, tengok baju lepas balik.
Last2 kata hubby kita gi pasar khamis jer lah yang. Sedeynya.....Asal kedekut sangat?
Nak kata kedekut hubby dah kasi RM400 standby untuk kuih raya ngan barang2 haziq.
Tapi ntahlah jiwa ne tak rasa nak raya. Macam konfem jer kami tahun ne raya kat HSI.
Abah dah masuk wad HDW tapi sepatutnya masuk ICU. Memandangkan wad tu fullhouse.
Jadi hanya dapat masuk HDW jer lah.
Entah kenapa aku beriya sesangat nak buat baju raya awal sebelum puasa. Dah siap!
Tengah jahit manik.
Aku tak nak kelam kabut. Sebab bukan tiap2 tahun kami buat baju.
Kadang2 jer.
Lagipun dah berumur ne raya bagi orang cam kami biasa2 jer.
Budak2 jer yang galak na nak beraya.
Mungkin hubby terfikir nak bayar bill hospital. Dan sejak 4 bulan lepas duit asyik keluar jer.
Kat mana orang kata bagus untuk berobat kami pergi.
Duit boleh cari, tapi AYAH..................hanya 1 jer tu yang kami ada.
Mak dah nak masuk 2 tahun pergi meninggalkan kami.
Tahun ne 2 tahun kami beraya tanpa IBU.
Hari raya tahun lepas aku masak rendang daging, ayam kampung masak kari, sambal goreng.
KETUPAT............tahun ne rasanya masak ketupat mini NONA jer.