GAMBAR SEKADAR HIASAN
Comelkan muka budak2 kat photo ne. Tapi bila dah besar skit dah pandai bawak motor gi sekolah. Ada yang kepala batu lesen kebal. Ha! nak tau kenapa? Seperti kita semua sedia maklum. Budak sekolah automatik kalau pakai uniform sekolah. Sama ada kita yang langgar atau dia melanggar kita. Dengan automatiknya kita yang salah. Lesen kita kena gantung tau kalau budak tu meninggal. Tapi disebabkan dia orang punya lesen yang automatik tu. Dia orang main suka2 jer naik motor tak pakai helmet, bawak motor giler2. Cam jalan tu bapak kepada mak cik sedara dia yang empunya. Kadang2 kalau lalau sebelah dia tengah boncing motor secara giler2. Aku macam nak cakap pakai mic. "kalau nak bawak motor giler2 tunggu aku lepas jalan dulu. Aku malas nak terlibat kalau apa2 jadi kat ko nanti" Sorry.............. Kat malaysia ne senang nak dapat lesen. Ha! cuba ko duk kat singapura tu, petang skit ler......Yang penting kita kena bagi tau kat anak2 kita tentang keselamatan dan jangan bagi diaorang boncing motor kalau kita rasa anak kita tak cukup akal fikiran bab2 undang2 ne. Sebab sekarang ne lampu hijau bukan tanda boleh jalan, merah bukan tanda berhenti atau kuning bersedia nak berhenti. Semua warna diaorang sapu jalan. Dan kadang2 tu keluar sempang main keluar jer. Nasihat tu berlaku kepada semua penunggang jalan, bukan budak sekolah jer. Yang dah tua2 tu pun sama. Pastu dah salah muka memasing duk toleh lain buat2 tak perasan. Geram2. Si teksi pun satu, pelik masa ambil lesen dulu bukan main tertip. Pastu memtang2 nak cari penumpang. Nak cepat jer. Tak ingat undang2 jalan raya. Cuba pikir ea, kalau kita tak memandu berhati2 silap ari bulan kita libatkan orang lain dalam kemalangan jalan raya. Bila kita pandu berhati2. Comfirm semua orang akan selamat. Orang malaysia ne nak cepat ajer. 2 line boleh jadi 3,4 line. Dia orang ne kreatif, lagi satu suka berhenti selepas garisan putih. Kalau boleh nak berhenti depan lagi. Dah tu tangan tu berat giler, sayang bebeno kat bateri kete. sayang sangat nak bagi signal kalau nak belok kiri atau kanan. Menyusahkan orang, Suka berlumba tengok siapa laju, Yang naik motor suka selit2 syok agaknya. Tapi kalau naik basikal opppssss. Tersepit kang. Tapi mana ada orang malaysia gi kerja naik basikal. Kerani? Enginner? Guru? Boss? Tauke? Yang ada pekerja indonesia, india, Segelintir budak sekolah. Aku dulu masa lom kawin gi kerja naik basikal asyik kena ejek ngan jiran. Bengang gak. Tapi bila pikir2 balik aku tak minta duit dia pun. Pastu rasa cam habiskan duit minyak jer. umah mak 10 minit dah sampai. Jalan kaki boleh exersize........jimat2.