Tuesday, August 24, 2010

RESEPI 3


Blueberry Cheese Tart
Pb300832
Resepi nie tanpa telur lagi....

Created on : 07-12-2009

Bahan-bahan ( 30 biji )

  • Bahan-bahan untuk pastri:
  • 125gm butter
  • 60gm gula aising
  • 250gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar air
  • Bahan-bahan cheese:
  • 125gm cream cheese
  • 50gm butter
  • 60gm gula halus
  • Blueberry jem secukupnya

Cara-cara

  1. Untuk menyediakan pastri : Ayak tepung dan campurkan gula ke dalam mangkuk campuran. Campurkan butter dengan tepung sehingga membentuk 'crumbs' kasar. Tambahkan esen vanila & air.
  2. Bentukkan doh menggunakan acuan tart yang comel2. Setelah itu bakarkan pastri di dalam oven selama 15-20 min dengan kepanasan 180 darjah celcius. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.
  3. Untuk menyediakan cream cheese : Campurkan semua bahan-bahan untuk cream cheese - cream cheese, butter & gula dalam satu bekas & pukulkan kesemua bahan-bahan ini sehingga rata.
  4. Masukkan sedikit adunan cream cheese kedalam pastri, setelah itu masukkan jem blueberry & akhir sekali litupi laisan blueberry itu dengan adunan cream cheese. Buat kepada kesemua pastri tadi & setelah itu bakar di dalam oven selama 10 min dengan kepanasan 180 darjah celcius.
  5. Setelah tart masak kelurkan dari oven, dan sejukkan. Setelah itu bolehlah dihidangkan. *****SELAMAT MENCUBA***** 
Ehsan dari: myresipi.com
Hi

Thanks for Being My Friends