Dorayaki
Kuih kegemaran doraemon, dibuat dgn kasutera (kek sponge jepun) yang telah diubahsuai sikit. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang, bila dah sejuk pun masih lembut. oec...
Created on : 30-01-2007
Bahan-bahan ( 10 biji )
- 100gm tepung kek atau tepung gandum
- ½ sudu kecil baking soda
- 60gm gula halus
- 2 sudu besar madu
- 2 biji telur
- ½ sudu besar minyak masak
- ½ sudu kecil esen vanilla
- Inti:1½ cawan kacang merah yg manis
Cara-cara
- Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
- Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
- Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
- Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
- Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.
-
Bagi yg tinggal kat Jepun, boleh guna sup kacang merah ini, tambah sedikit tepung gandum dan panaskan untuk memekatkan nya. 3pkt x 180gm cukup untuk 10 biji.