Monday, August 9, 2010

NAIK BULU ROMAKU


Pada jam 12.00 tengah malam dah nak masuk siang sabtu. Aku dengar bunyi orang mandi. Nak keluar takut, tapi takut2 aku beranikan diri ni nak tahu siapa yang mandi. Sebab, takkan along mandi plak. Tengok kat ke sofa yang biasa abah tido. Abah tak der kat situ. Rupanya abah tido kat bilik. Aku masuk dapur tengok along duk panggil abah suh bukak pintu bilik air. Sah, abah tengah mandi. Katanya panas. Tapi aku ngan along tengok kat bilik tido dia. Ada pampers yang bertahi dicampaknya atas tilam. pastu kat kerusi meja makan ada tergantung baju dulu dia kerja guard. Sah! ne mesti mandi nak pergi kerja. Buntu kepala ne nak wat cam mana ngan abah. pakat ngan along tutup segala lampu biar gelap. Wah! bising abah, marah asal tutup lampu. Abih, suh bukak pintu bilik air tak mau. Pujuk2 baru abah nak keluar. Aku pakaikan pampers pastu aku nasihat kan kat abah. Sudah2 lah, kesiankan kami 3 beradik ne. Dalam aku duk bebel tu abah tunduk jer. Abah tengah semput masa tu. Last2 aku duk depan dia. Aku duk bagi nasihat. Last2 dia donggakkan kepala dia merenung aku. Dengan tiba2 rasa bulu roma satu badan ne naik giler. Seram sejuk rasa badan. Tenungan biji mata abah tajam, bulat mata dia duk tenung arah aku. Apa lagi. Aku azan kat abah, baca segala ayat sambil sapu kat muka dia. Mata dia tak kedip2. Aku baca Ayatul kursi. Aku ajar dia istighfar. Last2 baru dia sahut bacaan aku dan sambung ayatul kursi. Along duk diam tak tau nak wat per. Sejak dari tu aku tak leh nak tido. Aku bukak ayat2 al-quran. Entah jam berapa mata ne baru tido. Jam 3 pagi abah buat hal lagi. Kali ne dia bukak kain pelekat tu tinggal pampers jer. Dia duk bersila kat lantai. Sekejap2 panggil nama Hafiz(along). Dah lah abang kerja malam balik pagi. Gerun rasanya.
Hi


Thanks for Being My Friends