Bayangkan kuih raya yang aku tempah kebanyakkannya aku CANCEL.
Last2 kalau aku larat buat sendiri KOT.
♥Brownies Crunchy Cookies™
Doh yang boleh disediakan dan disimpan 1 bulan lebih awal sebelum dibakar.Gandakan adunan jika ingin mendapatkan cookies yang banyak.
Bahan-bahan ( 40-50 keping )
- 100 g mentega (10 sb rata)
- 75 g gula icing (1/2 cwn rata + 1 sb)- diayak
- 1 biji telur
- 1/4 sk esen vanilla
- 150 g tepung gandum* (1 1/4 cwn rata)
- 1 sk baking powder*
- 1 sk bicarbonate of soda*
- 25 g serbuk koko* (3 sb rata)
- 100 g choc chips (3/4 cwn penuh)
- 50 g (1/4 cwn) walnut atau kekacang pilihan - dipanggang dan cincang kasar
- secukup kertas minyak - untuk membungkus doh
Cara-cara
- Ayak bahan2 bertanda dan ketepikan.
- Mentega dan gula dikacau hingga rata.Masukkan telur dan esen dan terus kacau.
- Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau hingga habis dan rata.
- Masukkan choc. chips dan kekacang dan gaul/uli hingga sebati.
- Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan bubuh diatas kertas minyak dan gulung perlahan2,bungkus dan simpan di dalam chiller supaya padat.Jika disimpan lama doh akan menjadi beku.
- Keluarkan gulungan doh dr chiller dan biar doh pd suhu bilik dan hiris nipis,susun setiap kepingan doh diatas dulang pembakar.Jika hirisan doh tak berapa cantik,boleh dibentuk2kan semula.
- Bakar pada suhu 160C hingga garing.
- Doh ini juga boleh terus dibakar seperti cookies biasa jika tidak mahu disimpan.