Salam semua, macam dah bertahun x berblog. Banyak kisah nak diceritakan. Macam biasa, sibuk dengan noreen's mini kitchen dan aktiviti di hujung minggu. Jumaat lepas siapkan tempahan dari osheen.
Kemudian siap2 kemas baju & rumah sebelum balik kampung. Bukan jauh sangat pun 10 minit dah sampai. Tapi untuk orang yang macam aku ni bertolak dari rumah jam 10.30mlm x lah menakutkan sangat...dekat......Sampai kat umah along belum tido lagi. Sib baik teringat suh hubby call abg dia yang kami lambat skit. kalau x jawabnya tido kat luar ler. Macam biasa rutin kalau balik umah along, kami akan gotong royong bersihkan rumah orang bujang. Sabtu lepas public holiday menyambut christmas. Tapi along kerja. So, kami bertiga yang kemas umah. Dah siap semua, tunggu along balik kerja. Kami makan tengahari bersama. Aku cuma masak ikan tamban goreng bawang putih + kunyit, tamban masak asam rebus nenas ngan sayur sawi goreng. Lama x makan sama2. Masak nasi 3 pot licin. Bertambah masing2 makan. Habis sesi makan kami siap2 bawak adik beli barang tuk buat bunga pahar + hantaran kat SSF.
Sabtu, osheen ambil blueberry cheese tart. Dalam 5 minit dia call nak order lagi. Wah! tak pernah dapat customer cenggini. he3x.....rezeki keluarga. Hari ahad, pagi2 kami semua dah gotong-royong bersihkan kawasan sekitar rumah along ngan cik lin. Bila sikit lagi nak siap kak siti ngan abg zaid sekeluarga pun datang. Sama2 kami buat kerja. Penat juga bila dah lama x berkebun. Abang pulak sakit pinggang sebab dah lama x meracun rumput. Lupa lak nak amik gambar abang tengah gendong tong racun tu. Dah siap kami mandi2 balik tg. langsat nak jenguk2 mak long(kakak arwah abah). Tapi mak long x ada balik KL. Jadi kami singgah umah pak itam(adik arwah abah) melawat anak dia yang dah bersalin. Pastu kami singgah makan tengah ari kat restoran mee bandung udang.
Mee bandung Udang
Pak long(abg Ipar)
Pemandangan di sekeliling restoran....open air....
Close-up....nampak x jambatan desaru tu?
Sedap...boleh tahan cuma service lambat jer. Kami nikmati angin dan ombak.......nyaman. Nak pusing2 tg.langsat dah x sempat sebab aku nak kena buat lagi tempahan dari osheen, kak fadiliza dan kak melati. Tak sempat nak jenguk tok(mak abah). Balik dari tg langsat kami ke Bakewell....tutup plak kedai ni. Last2 gi maslee jer. dari jam 5.45ptg sampai 8mlm aku siapkan 225pcs BCT.
Cepat gak aku buat kerja sorang + hubby tolong bakarkan. Jam 8.30mlm kami hantar ke rumah customer. Subuh isnin pulak aku siapkan tempahan dari kak siti, tmn.mel. kak siti ni menantu cik lin, jiran arwah abah. Malunya nak cerita kat orang yang aku niaga cup cakes & cheese tart. Tapi tu lah kata kak siti "nak niaga x leh malu2". He3x...ok2x. Kak siti pun ada niaga kek gak. Tapi kek karamel....tengok sedap..nak orderlah....