Tuesday, December 14, 2010

KADAR CARUMAN KWSP NAIK 11% BAGI PEKERJA

http://www.emocutez.comKes kesian kat minah sorang ne, Malas giler nak updated kerja. Dengar berita tapi buat don't know jer. Dah nak kira gaji baru sibuk masuk laman web KWSP. Ketinggalan betul, rajin-rajinlah bekerja ya. Sib baik bulan Januari 2011 kerajaan baru nak naikkan semula potongan bagi pekerja sebanyak 11%. Alamak! dapat sikit ler gaji bulan 1 ne. Tak per make sure gaji naik bulan depan. Kalau x?   




Kadar Caruman KWSP Pekerja Dinaikkan Semula Ke 11 Peratus PadaJanuari 2011
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin memaklumkan bahawa kadar caruman berkanun bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada 8 peratus berkuatkuasa dari gaji bulan Januari 2011 dan dibayar kepada KWSP mulai bulan Februari 2011. 
Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan untuk tempoh dua tahun daripada 11 peratus kepada 8 peratus bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.
Majikan dinasihati memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula dari caruman bulan Februari 2011.
Ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun tersebut tidak perlu mengambil sebarang tindakan.
Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus.
Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry.

(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Besar
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 18  November 2010

Hi

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers