Bangun jer tidur aku dah termenung teringatkan abah. Kat office, badan ne dah rasa macam kurang darah, kecut perut dah macam nak ambik exam jer. Perut sakit, lemah badan ne. Sampai kat HSI aku nerves dalam otak ne terpikir macam mana keadaan abah. Dari apa yang hubby cerita tentang keadaan abah aku dah boleh bayangkan skit2. Sampai kat wad HDW perasaan gemuruh sangat2. Berdebar. Banyak sangat pintu2 yang aku kena lalui. Dan setiap pintu ada butang khas yang perlu aku tekan untuk masuk dan perlu menukar selipar khas wad HDW. Bila dah masuk kawasan pesakit, aku nampak abah terbaring kaku. Badan ne dah tak kuat nak berdiri, lemah semua sendi2, sedih, air mata tak tertahan lagi lihat abah kaku terbaring. Dokter kata mata abah dah normal, celiknya dah sama untuk mata kanan dan kiri. Sesekali aku lihat mulut abah bergerak. Alhamdulilah kalau itu respon untuk abah sembuh. Tapi abah masih koma. Aku sempat ambik gambar abah. Dengan ketinggian 170cm dan normal berat abah 60kg. Tapi kini abah hanya 49kg. hanya sangkut kulit ngan tulang. Terseksa aku lihat banyak jarum2 tersemat kat lengan abah. Abah hanya diberi susu melalui hidung. Perit! terseksanya.......Dokter minta tandatangan hubby untuk benarkan satu lagi jarum tersemat kat leher abah. Apalagi ne! Tujuannya untuk disalurkan terus ke jantung. Dan akan datang air tulang sum sum abah akan diambil untuk pastikan sama ada ada kuman di otak dan paru-paru abah. Ya allah, kau lindungi insan yang terbujur kaku ini kerana kami amat menyayanginya......