Saturday, June 12, 2010
MOVING BACK
Salam, Petang khamis kelmarin sekali lagi abah masuk hospital. Masalah yang sama iaitu sesak nafas. Bukan semput biasa, sebab dokter dah cakap yang paru-paru abah dah rosak...totally damaged. Ntah ler aku pun pusing, pening pegi HSI dia kata paru2 abah luka + rosak. Pergi berubat tradisional dia kata paru2 ngan jantung tersumbat. Pening acik, dah banyak kali keluar masuk klinik ngan hospital. Ubat dah macam2 cuba....kalau sakit lain masih boleh tahan...tapi kalau pasal pernafasan ni jangan main2 .......Aku tengok abah kejap ok, kejap x. Makan pun kena nasi yang lembik ngan sup2+sayur jer. Perubahan yang aku tengok....abah dah makan sendiri x lagi kena suap. Cuma mandi jer nak dimandikan. Dah lama sebenarnya aku x uruskan abah....(atas sebab2 tersendiri) + nak rehat. Suamiku yang uruskan abah dia. Sampai tahap abah berak2. Sian pulak kat abang.....nak gi kerja....dah lah kerja 3 shift. Mana nak tido, rehat ngan uruskan abah. Nasib baik dah tak jaga si haziq sebab haziq dah antar umah Ibu tina(jiran sebelah umah). Kali ni senang, x payah paksa...dia pergi sendiri......Badan haziq pun dah semangat...berat......Dah nak sebulan haziq kak tina jaga. Tengok sesuai, sebab anak2 yang dia jaga semuanya ok......Balik pada tajuk diatas...moving back....memang dah pindah balik umah abah......Bye2 noreen cottage.......jenguk skali skala jer.......Lebih selesa duk umah sendiri kan? Tapi nak wat cam ner? Tanggungjawab beb. Dialah seorang ayah yang ada.....Sebelum ne kalau abang pergi kerja, jiran2 terdekat yang tolong jengukkan abah sampai along(abg ipar) balik kerja. Khamis tu abang kerja 3-11. Cik lin dan mak joyah yang jenguk abah tak tau nak buat apa bila abah dah sesak nafas teruk. Macam2 dah dibuat mereka, dan akhirnya call abang yang tengah kerja. Dengan pantas abang balik dan bawa abah ke Hospital Wakaf. Jumaat tu pergi skali lagi....Aku harap sangat abah tak kena tahan wad. Kalau kena tahan...sapa nak jaga abah? Semua kena kerja, Dulu abah kena tahan wad kami bertiga, bergilir-gilir jaga abah. Aku cuti sehari jaga siang sampai malam, malam along dan abang pulak kena pergi kursus. Kalau kena tahan kali ni macam mana? Akhirnya tak kena tahan....lagipun abah pun tak nak....Aku rasa diaorang dah tak tau nak wat apa ngan abah...umur pun dah 72 tahun. Apa yang diaorang buat hanya berikan abah bantuan pernafasan(gas) dan ubat. Macam biasalah kalau dah duk sini....semua kerja umah aku ler yang kena....seperti selalu....sebab aku sorang perempuan. Along belum kahwin. Nasib baik ada abang..dialah selalu tolong kalau ada kat umah...................