Monday, June 28, 2010

ABAH

MAK ABAH

ABAH & MAK LONG


Salam pagi Isnin 28 Jun 2010, Bila satu hari 3,4 n3 aku tulis. Tentiba plak stop. Ya Allah! apalagi dugaan yang kau berikan pada hambamu ini! Aku dah tak sanggup nak hadapinya lagi Ya Allah. Kesiankanlah abah, Kalau lah ini jalan akhir untuk kau ambil nyawanya kau ambillah. Kami redha. kami tak sanggup melihat abah sengsara.................
Walaupun aku hanya anak menantu, tapi aku dah anggap abah yang aku kenal sejak tahun 2002 macam ayahku. Aku dah kehilangan seorang ibu mentua. Hanya allah sahaja yang dapat menentukan hidup dan mati, ajal maut. Rabu 23 jun, jam 2 pagi abah kena sesak nafas yang teruk. Sekali lagi abah kena tahan di wad Hospital Wakaf. Memandangkan kat sana tiada dokter pakar, peralatan pun tak lengkap. Jadi aku dan hubby ambil keputusan untuk hantar abah ke HSA pada pagi khamis tu. Sampai kat HSA abah terus masuk emergancy room. Kemudian abah di masukkan ke wad dahlia yang aku tengok rata-rata semua yang ada kat situ berpenyakit serupa, masalah jantung & paru-paru. Kaki abah bengkak, kencing manis naik 21. Dokter dah bagitau kami yang paru-paru abah memang tak boleh nak sembuh. Dokter hanya boleh beri abah ubat untuk bantu abah bernafas. Paru-paru abah bengkak teruk. Badan abah yang dulu berisi, kini hanya tringgal kulit dan tulang. Tengok dokter ambil darah abah untuk buat test hubby toleh lain, tak sanggup nak lihat abah tersiksa. Dokter pelatih yang nak ambil darah abah pun sampai 2 orang. Masalahnya darah abah tersekat x cukup satu tiub. Esoknya hubby melawat abah kat HSA, abah dah ceria skit, tapi abah x sabar nak balik umah. Abah cakap bising tak boleh tidur, sakit badan2 dia. Jumaat petang tu dokter cakap esok pagi abah dah boleh balik. Tu yang abah tak sabar nak balik umah. Tapi sejak abah masuk HSA telefon kami selalu berdering sebab abah yang call. Nak balik, Nak balik. Tak sampai hati rasanya tinggalkan abah kat HSA. Tapi nak buat macam mana tu jer yang kami boleh bantu. Kami dah tak sanggup tengok abah sesak nafas walaupun hanya 2,3 langkah nak berjalan. Tak sanggup! Sabtu pagi kami lawat abah , abah dah kemas baju2 dah masuk kan kat dalam bag. Bila nampak kami abah terus bangun nak balik. Tengok abah macam tu, aku tak terkata. Bila aku marah abah, abah diam. Nurse kat sana pun dah tak sabar nak keluarkan abah. Sebab abah asyik cakap nak balik, abah sanggup tanggung risiko katanya. Aku tau abah dah nyayuk, tak boleh nak bezakan siang dan malam. Tak ingat bila kali terakhir makan nasi. Tak sedar kalau terberak atau terkencing kat mana-mana. Ya allah! cukuplah ya allah! Ampunkanlah dosa abah kami. Permudahkanlah perjalanan hidupnya. Sabtu tengahhari abah dah boleh keluar hospital. Abah nampak ceria sebab dah boleh balik. Abah siap bagitau kat adik dia di Bukit Aping Timur, kota tinggi yang dia akan pergi majlis perkahwinan anak sedara dia. Abah beria-ia nak jumpa semua orang. Pagi-pagi lagi abah dah buat suntikan insulin kat perut, dah makan ubat. Sampai kat sana abah nampak seronok jumpa semua orang, jumpa mak dia yang dah 100 tahun tapi masih sihat cuma, telinga tak berapa nak dengar. Balik dari BUKIT APING, abah cakap ngantok jadi dia tidur kat bilik dia. Along tengok abah tidur, dia pun tidur sama. Tak tau macam mana jam 5.30 ptg abah datang kat bilik along. Along tengok abah lain macam terus call kami. Yang along cakap cuma "adik cepat datang abah dah teruk" . Apa lagi bergegas kami datang, Abah macam kena angin akhmar. Kami semua panik tak tau nak buat apa. Kemudian kami bawak abah ke Hospital Wakaf. Kat sana dokter tanya apa abah makan, Ubat apa. Dah sejam abah kat emergancy room, dokter kata terpaksa hantar abah ke HSA. Dalam perjalanan sawan abah tak kurang jadi dokter terpaksa hantar abah ke HSI jam 6.45 ptg. Sampai kat sana abah dah koma. Ya allah! kau saja yang tahu apa yang kami rasa. Kami kat sana sampai jam 12 tengah malam. Abis semua sedara mara kami telepon. Isteri adik abah serta menantu dan anak pun datang. Kemudian dokter bagi tau kami yang abah masih koma tak ada apa yang boleh dibuat hanya menunggu keputusan dari dokter tentang keadaan abah.   

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers