Wednesday, June 23, 2010

Rumahtangga?

Bukan nak cerita hal rumahtangga, tapi kisah si aziq ne. Dalam perjalanan nak balik umah tu dia tanya.

Aziq: Ibu ada rumahtangga?

Ibu: ????ada…kenapa?

Aziq: Ibu ada berapa rumahtangga?

Ibu: (Senyum, tapi mata melihat ke arah ayah yang sedang memandu.) Kenapa? siapa yang tanya?

Aziq : (Ketawa dengan riak wajah ceria.(suka giler) x de lah aziq yang tanya.

Bila ayah bukak jer pintu umah, aziq meluru masuk kemudian aziq merengik.

Ibu: kenapa ne?

Aziq: Mana rumahtangga aziq?

Ibu:??????Rumahtangga apa?

Aziq:Yang besar tu macam rumah, yang aziq tunjuk kat ibu tu ari tu……

Ibu:Oooooo…rumah barbie doll yang aziq tengok kat UO. Tu mainan girl lah, aziq boy. Nak sekolah x?

Aziq terus senyap…setelah dipujuk ayah. Nak sekolah tak boleh beli mainan. lagi satu aziq boy.

P/S: Baru ku tahu itu rumahtangga…………..tapi bukan ke itu mainan gegirl punya?

100_1116

Thanks for Being My Friends