Wednesday, June 16, 2010

TIRAMISU

Korek2 kat photobucket terjumpa gambo lama. My favourite TIRAMISU. Dah lama x buat.......Tengok tarikh kat gambo tahun 2008. Tapi tahun 2009 ada buat cuma x amik gambo jer.....yang ne versi 1st time yang 2nd & 3rd cantik....ok x pe nanti kalau buat lagi kita amik gambo yang baru...


Atas permintaan kak azfa, kita sertakan resepi tiramisu kek:
Bahan2:
1 biji sponge kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 sudu nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara2:
1.Pukul whipping cream, cream cheese dan gula halus hingga kembang.
2.Bancuhkan serbuk nescafe bersama air panas.
3.Potong kek sponge 2 bahagian(ikut suka nak berapa lapis).
4.Siramkan nescafe yang dah dibancuh keatas kek sponge dan kemudian ratakan bahan(1) keatas kek. Ulang langkah sampai lapisan atas kek. Bila dah selesai bolehlah hias dengan serbuk koko(taburkan serbuk koko menggunakan tapis kecil. Boleh buat corak yang anda suka atau hiaskan dengan chocolate chip, buah2an, dll.
5.Masukkan dalam peti sejuk selama 10-20 minit.
6.Sedia untuk dihidangkan.

(Resepi diambil dari myresipi.com)
Mudah membuat kek ni....anak pun suka.

Thanks for Being My Friends