Friday, July 2, 2010
ABAH (3)
Salam hari jumaat 2 july 2010, waktu rehat tadi gi jenguk abah bersama abang. Aku tengok abah dah ada kemajuan sikit. Tiub gas yang salur terus kat tekak abah dah dibukak pagi tadi. Abah cuma guna topeng yang orang sesak nafas guna. Mata abah pun dah celik dan ada respon pada cahaya dan kalau kita panggil abah akan toleh. Cuma sampai sekarang ne dokter masih beri abah ubat tidur lagi. Tu yang selalu ngantok jer. Tadi nurse dah pesan esok kalau datang bawa sabun mandi, tuala kecil dan pampers orang dewasa. Keadaan abah dah stabil buat masa sekarang tapi untuk sembuh sepenuhnya mmng x akan sebab abah dah berumur 71 tahun. Paru2 abah dah tak boleh sembuh. jantung saja yang dokter beri perhatian. Untuk abah ditukar ke wad biasa mungkin ambil masa berminggu2 lagi. Sebab dokter tak nak tanggung risiko. Jadi abah kena betul2 bernafas tanpa guna oxygen. Aku pun bukannya faham sesangat pasal perubatan ne. Apa pun harap abah sihat cukup lah. Kami 3 beradik doakan abah cepat sembuh. Esok kami datang lagi. Kesian kat haziq asyik tanya atok ajer. Nak buat macam mana HSI tak benarkan budak bawah 12 tahun melawat pesakit.