Saturday, July 31, 2010

PANGGILAN KECEMASAN

 28 July 2010 Jam 2.30 petang, aku terima satu panggilan telefon dari abang(merujuk kepada suamiku) mengatakan yang abah kena sawan lagi. Ya allah, walhal malam tu aku dah bagi tau kat abang yang badan abah panas. Bila penyakit sawan ne dah menyerang sekali, kebarangkalian untuk serangan kali kedua adalah mungkin. Nasib baik aku tahu apa nak buat. Along (abang ipar) tiba sejurus abang call cakap abah kena sawan. Dengan cepat diaorang call hospital wakaf minta bantuan ambulance. Bila aku sampai kat umah, abah dah kurang dan kemudian pulih seperti sediakala. Alhamdulilah, kami tak hantar abah ke hospital kali ini tapi kami panggil kak yah supaya dapat ubatkan abah. Setelah kak yah datang abah dirawat. Pelik gak caranya. Dia gunakan bekas tempat letak telur dibakar dan diasapkan keliling abah. Beserta dengan bacaan. Kemudian abah diberi air. Kata kak yah ada something kat abah. Bukan aku tak nak percaya. Tapi aku sendiri dapat rasakan kelainan pada abah. Selera makan yang melampau. Mana taknya makan sekali 2 pinggan nasi, makan biskut tanpa henti dan makan apa saja yang kita beri. Abah tak cerewet macam dulu. Makan banyak tapi badan tak naik2. Sampai terpaksa berbohong. Setelah dirawat abah siuman dan ucapkan terima kasih pada kak yah. Kak yah pesan sembahyang jangan tinggal dan selalu mengaji sebelah abah. Alhamdulilah ada perubahan………
Hi

Thanks for Being My Friends