Tuesday, July 6, 2010

ABAH (4)

Semalam hubby jenguk abah di HSI, hubby melawat waktu belah petang sebab pagi kena kerja balik jam 3:00 petang. Sampai kat wad HDW abah baru bangun tidur. Tak sampai 2 minit tiba-tiba abah macam meracau sebut ayat yang sama. "tak payah amik, biarkan kat situ" gara2 hubby jawab soalan abah. "mana tukul besi" hubby jawab dah simpan. Tu yang asyik ulang "jangan amik biarkan kat situ" banyak kali dia ulang. Suruh istighfar dia boleh istighfar. macam biasa. pas tu cakap balik ayat yang sama. Dia dah tak kenal sangat orang. Adik sendiri pun tak kenal. Hubby panik, dia baca apa yang dia tahu sambil berbisik kat telinga abah. Akhirnya abah tertidur. Apa yang kami boleh buat ialah minta air saja. Selain tu bacakan ayat2 suci kat telinga abah. Sabtu lepas masa melawat kaki kanan ngan 2 belah tangan abah dah kena ikat. Gara2 abah meronta2 dan mencabut semua benda yang dilekatkan kat dada. Dan yang paling ngeri jarum yang dekat lengan tu pun ank dicabut. Kat leher abah pun ada satu tiub....Agaknya sebab abah dah seminggu koma, bila sedar terus meracau........hari ni aku halfday...nak ke HSI tengok abah....

Thanks for Being My Friends