Salam pagi rabu, Amacam pagi2 ne kita cerita pasal Jenjiran. tambah dosa skit. (jahatnya syaitan kan?) Bukan apa saja nak luahkan perasaan yang macam gunung berapi nak meletop ne. Pernah ke korang memiliki jiran yang test macam apa yang korang impikan. Ye lah, perangai yang korang rasa best, leh masyuk, satu kapla ngan korang. Majoriti yang aku pernah buat temuduga mengejut kebanyakkannya jawab TIDAK. Bukan tidak apa, tak sehaluan, penyibok tepi, atas dan dalam kain orang lain. Susah nak dapat jiran yang menyokong kita dari belakang. Tapi! kebanyakkannya MENIKAM dari belakang. What's up! What's up , apa diatas? Di pengkalan aku tinggal sekarang ini sudah tidak aman, Bukan pasal perang guna peluru M16 atau peluru kapur atau lastik koman2 pun. Tapi lebih dasyat dari itu. MULUT LONGKANG. Walhal kat area aku, longkang tak nampak sebab bawah tanah. Ada yang jadi batu berapi, ada yang talam bermuka2 dan yang paling dasyat main tikam2 belakang siut............Dah lah nak meyambut bulan ramadhan buat dosa bertan2 plak. Tapi aku dah lama perasan sejak penghijrahan insan bernama ANI. Semuanya berubah, tiada lagi jalan sehaluan, beriringan, kesepakatan, muhibbah dan bertolak ansur. Susah bila dengar dari satu pihak. Rasanya lebih baik buat mesyuarat tergempar kita satukan mereka2 ini supaya tiada lagi manusia berteleng kapla bila berjalan. Kesiankan? Bila nak melalui rumah seseorang dan jika terserempak dengan musuh atau mahluk yang kita kurang senang. Kita kena pusingkan kapla 90 darjah. KESIAN.............................KESIAN3.......