Saturday, July 31, 2010

INSAFLAH BUANG JER KALAU ADA.

 Selamat malam semua, maaf kerana aku bukan blogger yang aktif. 2 3 hari kebelakangan ne aku sibuk, terlalu sibuk hingga nak buang kuku pun kat ofis, kat ofis jugalah tempat aku nak lelapkan mata yang mengantuk. Bukan nak merungut cuma nak kongsi luahan rasa dan KEPADA SESIAPA YANG ADA MENUNTUT SESUATU YANG BOLEH MEMUDARATKAN DIRI SILALAH BUANG.  Benda2 tu semua akan menyusahkan diri anda dan keluarga dihari tua. Seperti bapa mertuaku, aku tak tahu apa yang dia telah belajar semasa muda. Sekarang ne dia dah nyanyuk hingga berak pun bersepah, cakap pun tak betul. Asyik cerita yang bukan2 seperti baru berjumpa dengan kawan2 yang dah lama meninggal dunia. Termasuk arwah ibu mertuaku. Nafsu makan yang keterlaluan. Ya allah apa lagi selepas ini. Abang hanya 2 beradik, ramai sedara mara tapi hanya sorang dua yang datang hulurkan bantuan. Yang lain sibuk dengan hal memasing. Dulu kakak abah boleh juga tolong jaga abah kalau abang kerja pagi. Tapi skang dia pun tak sihat. Kami bertiga tengah pening nak cari orang jaga. Siapa yang sanggup bila abah buat hal. Berak bersepah sebab dia akan bukak pampers bila2 masa yang dia suka. Walaupun tahi penuh kat pampers. Asyik nak lari jer. Aku jaga abah kat umah aku 3 hari. Macam2 perkara yang berlaku. Yang menakutkan pun ada. Ngerinya...........Aku hanya menantu perempuan, mula2 rasa malu bila kita nak mandikan, cuci berak dia. Tapi sebab dia pun dah nyayuk, aku redha jer. Nak harapkan siapa lagi? Esok kami berlima akan menziarah kubur arwah mak mentuaku. Nak tunjuk kat abah yang mak dah lama tinggalkan kami........Doa kalian aku sangat harapkan semoga aku dapat tempuhi dugaan tuhan ini dengan penuh sabar. amin............
Hi

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers