AKUSemalam tak tau kenapa dengan tiba2 aku menangis sambil buat kerja rumah. Macam biasa, baju kalau dah berlambak kenalah basuh. Tapi aku buat semua tu dengan linangan air mata. Walhal aku dah lali buat semua tu. Cuci baju celah gigi jer buat aku. Ada lagi kerja lain yang sangat bertentangan ngan jantina aku. Sebab aku kan PEREMPUAN. Kerja lebih teruk yang aku pernah buat macam pecahkan tembok rumah masa nak sambung dapur. Kawan2 aku pun pelik. Tapi tu ler yang aku buat bersama abah dulu. Masa tu abang kerja. Kesian kat abah, aku pun join sama. Tak sangka pulak abah lupa ku ni PEREMPUAN. Tapi semalam aku buat sambil nagis, sambil air mata suam menitis kelantai. Mungkin selama ni aku terlalu berdikari. Hampir semua kerja aku buat. Maksud aku kerja yang sepatutnya lelaki buat aku buat. Tu yang si SUAMI tak berapa nak kesah. "Alah isteri aku boleh buat." Jarang aku menyusahkan dia. Kalau aku malas, aku akan suruh dia. Biasanya kalau aku tak kerja, semua benda dah siap, mengemas umah(feveret aku), membasuh baju siap lipat, memasak(kalau ada lauk) pucuk pangkal semua beres. Aku pernah tebang pokok pisang nipah, tau kan batang pokok yang besar dan pokok yang tinggi. sampai jiran aku pelik. Aku pernah pecahkan tembok dapur, Aku tolong gergaji papan, Aku buat wiring sendiri, cat sendiri, macam2 lah. Tu yang jenjiran kata aku "independant". Kerana perkataan itulah abang tak kisah apa yang aku buat. Kadang aku minta dia pasangkan lock pintu toilet, betulkan kipas syiling dan pakukan pintu almari baju aku. Tapi dah berminggu tak buat. Malah dia kata nanti abang buat. Tapi....bila aku yang buat, dia diam dan buat tak tahu jer. Aku sedih. AKU PEREMPUAN. Ada juga kelemahan aku, aku penat buat semua tu,..................................................AKU TAK PERNAH DIHARGAI.............................Aku tau dia sibuk urus abah kat hospital. Malah dia tak ada masa ngan kami berdua. Dia sendiri mengaku yang dia dah tak rapat ngan haziq. Kalau freetime dia selalu rawat motor. Kotor skit cuci, abuk sikit lap.....aku??????????
Aku dah tua malas nak bertengkar, apa yang aku buat DIAM!!!!!!!!!